Malaysia legislation

Section 2

of Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969

Seksyen 2

(2)

Dengan tidak menyentoh keluasan kuasa $ ^{2} $ yang di-beri oleh sekshen-kechil (1) di-atas, Peratoran $ ^{2} $ Perlu, sa-bagaimana yang di-dapati oleh Yang di-Pertuan Agong sa-bagai perlu atau mustahak bagi apa $ ^{2} $ maksud yang tersebut dalam sekshen-kechil itu, boleh—

(a)

membuat peruntokan bagi menangkap, membichara dan menghukum orang $ ^{2} $ yang melanggar peratoran $ ^{2} $ itu, dan juga bagi menahan, menyingkir dan membuang-negeri orang $ ^{2} $ yang di-dapati oleh Menteri

Hal Ehwal Dalam Negeri sa-bagai mustahak ditahan, di-singkir, dan di-buang-negeri demi kepentingan keselamatan awam atau pertahanan Malaysia walau pun orang² itu warganegara Malaysia;

(b)

mengadakan jenis $ ^{2} $ kesalahan dan menetapkan penalti $ ^{2} $ (termasok hukum bunoh) yang boleh dikenakan bagi apa $ ^{2} $ kesalahan terhadap mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis (termasok peratoran $ ^{2} $ yang di-buat di-bawah Ordinan ini);

(c)

membuat peruntokan bagi mana $ ^{2} $ Mahkamah sa-bagaimana di-nyatakan dalam peratoran $ ^{2} $ itu membicharakan orang yang melakukan apa $ ^{2} $ kesalahan terhadap peratoran $ ^{2} $ itu;

(f)

membuat peruntokan bagi mengarah dan mengawal perjalanan perkhidmatan $ ^{2} $ oleh sa-saorang;

(d)

membuat peruntokan $ ^{2} $ khas bagi achara (termasok pembicharaan dalam kamar) mengenai kes $ ^{2} $ sivil atau jenayah dan juga bagi undang $ ^{2} $ berthabit dengan keterangan, bukti dan tanggongan dari segi sivil dan jenayah;

(e)

membuat peruntokan $ ^{2} $ bagi mengawal orang $ ^{2} $ asing;

(g)

membenarkan—

(i)

apa $ ^{2} $ harta atau usaha di-ambil milek, di-kawal, di-rampas atau di-lepas bagi pehak Kerajaan Malaysia;

(ii)

apa $ ^{2} $ harta, kechuali tanah, di-ambil bagi pehak Kerajaan Malaysia.

(h)

membenarkan mana premises di-masoki dan digidah;

(i)

menetapkan bayaran $ ^{2} $ atau lain;

(j)

membuat peruntokan bagi meminda mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis, menggantong perjalanan kuatkuasa mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis dan bagi memakai mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis sama ada dengan pengubahsuaian atau dengan tiada pengubahsuaian;

(k)

membuat peruntokan bagi mengadakan apa $ ^{2} $ jua alasan yang tertentu atas mana sa-saorang boleh diluchutkan kewarganegaraan-nya walau apa pun peruntokan yang terkandong dalam Perlembagaan;

(l)

membuat peruntokan bagi mengawal pelabohan dan wilayah perayeran mana $ ^{2} $ Negeri dalam Malaysia dan juga pergerakan $ ^{2} $ perahuan;

(m)

membuat peruntokan mengenai pengangkutan mengikut jalan darat atau ayer dan bagi mengawal pengangkutan dan pergerakan orang, binatang dan benda;

(n)

membuat peruntokan mengenai perdagangan, penyimpanan barang $ ^{2} $ , pengekspotan, pengimpotan, pengeluaran, dan pengkilangan;

(o)

membuat peruntokan bagi membekal dan membahagi $ ^{2} $ makanan, ayer, bahanapi, lampu dan keperluan $ ^{2} $ lain;

(p)

membuat peruntokan bagi apa $ ^{2} $ perkara lain yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong patut dibuat oleh peratoran $ ^{2} $ itu demi kepentingan awam.

(3)

Peratoran $ ^{2} $ Perlu boleh membuat peruntokan bagi memberi kuasa kapada mana $ ^{2} $ pehak-berkuasa, orang atau golongan orang sa-bagaimana di-nyatakan dalam peratoran $ ^{2} $ itu bagi membuat perentah $ ^{2} $ , kaedah $ ^{2} $ dan undang $ ^{2} $ -kechil bagi apa $ ^{2} $ maksud yang di-benarkan di-buat oleh Ordinan ini, dan juga boleh mengandongi apa $ ^{2} $ peruntokan bersampingan dan tambahan sa-bagaimana di-dapati perlu atau mustahak oleh Yang di-Pertuan Agong bagi maksud peratoran $ ^{2} $ itu.

(4)

Sa-suatu Peratoran Perlu, dan apa $ ^{2} $ perentah, kaedah, atau undang $ ^{2} $ -kechil yang di-buat dengan sempurna menurut peratoran itu hendak-lah berkuatkuasa walau pun ada apa $ ^{2} $ peruntokan yang tidak bersesuaian dengan-nya yang terkandong dalam mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang lain daripada Ordinan ini atau dalam mana $ ^{2} $ suratchara yang berkuatkuasa di-bawah mana $ ^{2} $ undang $ ^{2} $ bertulis yang lain daripada Ordinan ini, termasok Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan mana $ ^{2} $ Negeri.

Section 2 — Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969