Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Iraq) 2017.
/akn/my/act/pua/2017/349
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN REPUBLIK I... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 349 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Republik Iraq) 2017.
Matlamat
Matlamat Peraturan-Peraturan ini adalah untuk melaksanakan langkah yang diputuskan oleh Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu menurut Perkara 41
Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kesan kepada pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang berhubungan dengan Republik Iraq dan untuk memperuntukkan mengenai perkara lain yang berkaitan.
Tafsiran
“Jawatankuasa Majlis Keselamatan” ertinya Jawatankuasa Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan menurut perenggan 1 Ketetapan 1518 (2003)
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“Ketetapan” ertinya Ketetapan 1483 (2003), 1518 (2003) dan 1546 (2004)
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“Majlis Keselamatan” ertinya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah Perkara 7 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu;
P.U. (A) 349 3
“orang yang ditetapkan” ertinya individu atau entiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 4.
Orang yang ditetapkan
Orang yang ditetapkan hendaklah seseorang individu atau entiti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan di bawah
Ketetapan sebagaimana yang disenaraikan dalam Senarai yang diwujudkan, disenggarakan dan dikemas kini oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan dan boleh didapati di laman sesawang rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu di http://www.un.org.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi
Sesuatu institusi kewangan hendaklah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah dikeluarkan dari
Iraq, atau diperolehi, oleh—
entiti yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh orang yang ditetapkan atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan.
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai tertakluk kepada mana-mana lien kehakiman, pentadbiran, atau timbang tara terdahulu, atau penghakiman terdahulu, dengan syarat lien atau penghakiman itu telah dibuat sebelum 22 Mei 2003.
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
P.U. (A) 349 4
Kewajipan untuk memberi maklumat
Sesuatu institusi kewangan yang—
telah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan 5(1); atau
mempunyai maklumat tentang apa-apa transaksi atau transaksi yang dicadangkan atau apa-apa perbuatan atau benda yang dilarang oleh
Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank mengenai fakta atau maklumat itu, dan memberi maklumat yang selanjutnya yang berhubungan dengan dana, aset kewangan, sumber ekonomi, transaksi, transaksi yang dicadangkan, perbuatan atau benda itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank.
Kesalahan
Mana-mana institusi kewangan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan ini melakukan kesalahan di bawah subseksyen 82(4) Akta.
Dibuat 25 Oktober 2017
[BNM.JUN.1125/54/04; PN(PU2)262/X]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Gabenor
Diluluskan 2 November 2017
[MOF(S)100-1/2/1; PN(PU2)262/X]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Menteri Kewangan
P.U. (A) 349 5
CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009
CENTRAL BANK OF MALAYSIA (IMPLEMENTATION OF THE UNITED NATIONS
SECURITY COUNCIL RESOLUTIONS RELATING TO THE REPUBLIC OF IRAQ)
REGULATIONS 2017
Opening note
A financial institution shall freeze any funds, financial assets or economic resources that have been removed from Iraq, or acquired, by—
an entity owned or controlled, whether directly or indirectly, by a designated person, or any person acting on behalf, or at the direction, of any designated person.
The freezing of funds, financial assets or economic resources under subregulation (1) shall not apply to the freezing of funds, financial assets or economic resources which have been determined by the Bank, through a written notice, to be the subject of any prior judicial, administrative or arbitral lien, or judgment, provided that the lien or judgment was entered into before 22 May 2003.
The freezing of funds, financial assets or economic resources under subregulation (1) shall cease to apply to a designated person if the Security Council or the Security Council Committee has removed the name of the designated person from the Resolutions.
P.U. (A) 349 7
Duty to provide information 6.
A financial institution which—
has frozen any funds, financial assets or economic resources under subregulation 5(1); or
has information about any transaction or proposed transaction or any act or thing prohibited by these Regulations, shall immediately inform the Bank of that fact or information, and provide such further information relating to the funds, financial assets, economic resources, transaction, proposed transaction, act or thing as the Bank may require.
Offence 7.
Any financial institution who fails to comply with these Regulations commits an offence under subsection 82(4) of the Act.
Made 25 October 2017
[BNM.JUN.1125/54/04; PN(PU2)262/X]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Governor
Approved 2 November 2017
[MOF(S)100-1/2/1; PN(PU2)262/X]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Minister of Finance