Malaysia legislation

Section 32

of PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012

Seksyen 32

Penurunan dan penangguhan kenaikan dalam Peringkat

(1)

Akibat daripada pertuduhan tatatertib atau kerana kelembapan berterusan dalam latihan, seorang tahanan boleh diturunkan Peringkat atau ditangguhkan kenaikannya ke Peringkat seterusnya oleh Pegawai yang Menjaga bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada tiga bulan dan tidak lebih daripada enam bulan.

(2)

Seorang tahanan yang diturunkan ke Peringkat yang lebih rendah tidak berhak untuk kemasukan semula sehinggalah dia melengkapkan sekurang-kurangnya tiga bulan tahanan tanpa pertuduhan tatatertib.

(3)

Seorang tahanan yang diturunkan Peringkat juga boleh dikenakan pelucutan hak pendapatan, penurunan dalam gred pendapatan atau dikeluarkan daripada Skim untuk suatu tempoh yang tidak melebihi tiga bulan.

Keistimewaan

Section 32 — PERATURAN-PERATURAN DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) (ORANG TAHANAN) 2012