Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 22

Seseorang pengguna skim hendaklah, bagi apa-apa tempoh skim pemeriksaan berasaskan risiko—

(a)

menyenggarakan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang ditubuhkan di bawah peraturan 12;

(b)

memastikan bahawa jentera bertekanan berasaskan risiko adalah dalam keadaan kerja yang memuaskan atau layak untuk digunakan;

(c)

mengumpulkan data berasaskan risiko berkenaan dengan jentera bertekanan berasaskan risiko bagi tiap-tiap dua belas bulan;

(d)

menyenggarakan dan menggunakan metodologi bagi pengiraan dan penilaian data berasaskan risiko di bawah peraturan 16; dan

P.U. (A) 96 18

(e)

menyenggarakan pasukan pemeriksaan berasaskan risiko yang ditubuhkan di bawah peraturan 17 dan memberitahu Ketua Pemeriksa secara bertulis mengenai apa-apa perubahan kepada ketua pasukan dalam masa empat belas hari daripada perubahan itu.

Section 22 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014