Malaysia legislation

Section 23

of PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014

Seksyen 23

(1)

Seseorang pengguna skim boleh memohon kepada Ketua Pemeriksa bagi pembaharuan perakuan kelayakan berasaskan risiko.

(2)

Suatu permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah—

(a)

dibuat secara bertulis;

(b)

dilampirkan dengan dokumen yang menunjukkan bahawa kehendak yang dinyatakan dalam subperaturan

(3)

dan

Bahagian V telah dipenuhi; dan

(c)

dikemukakan sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum habis tempoh perakuan kelayakan berasaskan risiko.

(3)

Seseorang pengguna skim hendaklah menentukan—

(a)

baki hayat;

(b)

kategori risiko;

(c)

selang pemeriksaan yang dicadangkan; dan

(d)

pelan pemeriksaan yang dicadangkan, bagi jentera bertekanan berasaskan risiko dengan mengira dan menilai data berasaskan risiko bagi dua belas bulan yang terakhir yang dikumpulkan di bawah perenggan 22(c).

P.U. (A) 96 19

Maklumat atau dokumen tambahan

Section 23 — PERATURAN-PERATURAN KILANG DAN JENTERA (SKIM PEMERIKSAAN KHAS) (PEMERIKSAAN BERASASKAN RISIKO) 2014