Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023

Seksyen 9

(1)

Seseorang pekerja tidak boleh menggunakan atau mengambil apa-apa dadah berbahaya, kecuali sebagaimana yang dipreskripsikan untuk kegunaannya atau diambilnya bagi maksud perubatan oleh pengamal perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50], atau menyalahgunakan atau menagih apa-apa jenis dadah berbahaya.

(2)

Jika seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan yang disebut dalam subperaturan (1) memperakui bahawa seseorang pekerja menggunakan atau mengambil selain bagi maksud perubatan suatu dadah berbahaya atau menyalahgunakan atau menagih suatu dadah berbahaya, pekerja itu boleh dikenakan tindakan tatatertib dengan tujuan buang kerja.

(3)

Bagi maksud peraturan ini, "dadah berbahaya" ertinya apa-apa dadah atau bahan yang disenaraikan dalam Jadual Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952

[Akta 234].

Hadiah, dsb.

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (KELAKUAN DAN TATATERTIB) 2023