Malaysia legislation

Section 12

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 12

P.U. (A) 346 11

(a)

melepaskan mana-mana bahagian kawasan yang dinyatakan dalam permit penilaian luar pesisir itu; atau

(b)

menyerahkan permit penilaian luar pesisir itu secara keseluruhannya.

(2)

Permohonan di bawah subperaturan

(1)

hendaklah dibuat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum tarikh yang dicadangkan bagi pelepasan atau penyerahan yang disebut dalam subperaturan (1).

(3)

Agensi boleh, secara bertulis, meluluskan permohonan di bawah perenggan (1)(a) untuk melepaskan mana-mana bahagian kawasan atau di bawah perenggan (1)(b) untuk menyerahkan permit jika pemegang permit penilaian luar pesisir itu telah—

(a)

mematuhi syarat yang dinyatakan dalam permit penilaian luar pesisir pemegang itu;

(b)

mengalihkan atau menyebabkan dialihkan, dari kawasan yang bakal dilepaskan atau diserahkan, semua harta yang telah dibawa masuk ke dalam kawasan itu oleh mana-mana orang yang terlibat dalam atau

P.U. (A) 346 12

berkenaan dengan pengendalian yang dibenarkan oleh permit penilaian luar pesisir itu, atau membuat perkiraan yang perlu berhubung dengan harta itu, mengikut amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon yang berhemat menurut seksyen 5 Akta;

(c)

menyumbat atau menutup mana-mana perigi yang dibuat di kawasan yang bakal dilepaskan atau diserahkan oleh mana-mana orang yang terlibat dalam atau berkenaan dengan pengendalian yang dibenarkan oleh permit penilaian di luar pesisir itu; dan

(d)

membaiki apa-apa kerosakan dasar laut atau tanih bawah di kawasan yang bakal dilepaskan atau diserahkan yang disebabkan oleh mana-mana orang yang terlibat dalam atau berkenaan dengan pengendalian yang dibenarkan oleh permit penilaian luar pesisir itu.

(4)

Jika pemegang permit penilaian luar pesisir itu telah mematuhi kehendak-kehendak yang disebut dalam perenggan (3)(a) hingga (d), Agensi hendaklah meluluskan permohonan di bawah perenggan (1)(a) untuk melepaskan mana-mana bahagian kawasan itu atau di bawah perenggan (1)(b) untuk menyerahkan permit itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

Section 12 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025