Seksyen 13
Seksyen 13
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (4), mana-mana orang yang berniat untuk menjalankan pengendalian tapak penyimpanan boleh memohon kepada Agensi untuk lesen penyimpanan luar pesisir.
(2)
Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat, secara bertulis, kepada Agensi dan hendaklah disertakan dengan bayaran fi sebagaimana yang
P.U. (A) 346 13
dinyatakan dalam Jadual.
(3)
Mana-mana orang yang memohon lesen penyimpanan luar pesisir di bawah subperaturan (2) hendaklah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah seksyen 53 Akta.
(4)
Tiada seorang pun layak untuk memohon bagi lesen penyimpanan luar pesisir melainkan jika orang itu merupakan pemegang permit penilaian luar pesisir yang dikeluarkan di bawah seksyen 25 Akta.