Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Pematuhan syarat lesen penyimpanan luar pesisir
(a)
apa-apa syarat yang dinyatakan dalam lesen penyimpanan luar pesisir;
dan
(b)
apa-apa syarat tambahan lesen penyimpanan luar pesisir sebagaimana yang dikenakan oleh Agensi menurut subseksyen 27(2) Akta.
(2)
Pemberian lesen penyimpanan luar pesisir tidak menghalang pengendali luar pesisir daripada mematuhi peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang lain atau memperoleh apa-apa kelulusan atau lesen lain yang dikehendaki di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang sedang berkuat kuasa.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar apa-apa syarat yang dinyatakan di bawah subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
Kandungan lesen penyimpanan luar pesisir