Seksyen 20
Seksyen 20
(1)
Laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko yang disebut dalam peraturan 15 hendaklah mengandungi—
(a)
penilaian risiko dan kesan buruk aktiviti yang dijalankan menurut lesen penyimpanan luar pesisir yang akan atau mungkin ada terhadap kesihatan dan keselamatan manusia, alam sekitar dan perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi; dan
(b)
langkah-langkah yang dicadangkan yang hendaklah diambil untuk mencegah, mengurangkan atau mengawal risiko dan kesan buruk yang dikenal pasti di bawah perenggan (1)(a).
(2)
Walau apa pun apa-apa laporan penilaian risiko dan pengurusan risiko yang dikemukakan, pemegang permit penilaian luar pesisir dan pengendali luar pesisir hendaklah mematuhi—
(a)
langkah-langkah pengurusan risiko minimum sebagaimana yang ditentukan oleh Agensi;
(b)
undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan;
dan
(c)
undang-undang alam sekitar yang berkaitan.
P.U. (A) 346 20