Seksyen 21
Penggabungan langkah-langkah pengurusan risiko
(1)
Apabila permit penilaian luar pesisir atau lesen penyimpanan luar pesisir diterima, pemegang permit penilaian luar pesisir atau pengendali luar pesisir hendaklah—
(a)
menggabungkan langkah-langkah yang dicadangkan dalam laporan pengurusan risikonya ke dalam pembangunan, pengendalian dan penyahtauliahan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi aktiviti yang berkaitan di bawah permit penilaian luar pesisir atau lesen penyimpanan luar pesisir itu; dan
(b)
melaksanakan dan mematuhi langkah-langkah pengurusan risiko minimum, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan dan undang-undang alam sekitar yang berkaitan yang disebut dalam subperaturan 20(2).
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.