Skip to content

Seksyen 24

Penggabungan rancangan penyenggaraan dan keselamatan penutupan

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 24 of 46
Seksyen 24

(1)

Selepas memperoleh lesen penyimpanan luar pesisir, pengendali luar pesisir hendaklah—

(a)

menggabungkan rancangan penyenggaraan dan keselamatan penutupan ke dalam pembangunan, pengendalian dan pemberhentian tugas, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi aktiviti yang berkaitan di bawah lesen penyimpanan luar pesisir itu; dan

(b)

menjalankan dan mematuhi protokol keselamatan minimum, undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan dan undang-undang alam sekitar yang berkaitan yang disebut dalam subperaturan 23(2).

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.