Malaysia legislation

Section 36

of PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025

Seksyen 36

P.U. (A) 346 31

(2)

Agensi boleh menjalankan penyiasatan:

(a)

jika Agensi telah dimaklumkan atau menyedari mengenai apa-apa kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan menurut peraturan 37;

(b)

jika laporan menurut peraturan 35 menunjukkan pematuhan syarat lesen penyimpanan luar pesisir yang tidak mencukupi;

(c)

jika terdapat aduan serius berhubung dengan kesihatan dan keselamatan manusia atau alam sekitar; atau

(d)

dalam apa-apa situasi lain yang disifatkan patut oleh Agensi.

P.U. (A) 346 32

(3)

Pemeriksaan dan penyiasatan boleh merangkumi—

(a)

apa-apa lawatan ke pepasangan permukaan, termasuk kemudahan suntikan jika disifatkan perlu;

(b)

penilaian pengendalian suntikan dan pemantauan yang dijalankan oleh pengendali luar pesisir; dan

(c)

pemeriksaan semua rekod berkaitan yang disimpan oleh pengendali luar pesisir.

(4)

Agensi boleh melantik pakar teknikal bebas atau entiti teknikal kompeten untuk menjalankan pemeriksaan atau penyiasatan yang hendaklah memeriksa kemudahan suntikan karbon dioksida dan pemantauan yang berkaitan serta semua jenis kesan yang berkaitan daripada kompleks penyimpanan ke atas kesihatan dan keselamatan manusia dan alam sekitar.

(5)

Berikutan tiap-tiap pemeriksaan dan penyiasatan, Agensi hendaklah menyediakan laporan mengenai hasil pemeriksaan dan penyiasatan itu yang hendaklah—

(a)

menilai pematuhan menurut kehendak Peraturan-Peraturan ini;

(b)

menunjukkan sama ada tindakan selanjutnya perlu; dan

(c)

dimaklumkan kepada pengendali luar pesisir yang berkenaan dalam tempoh tiga bulan selepas selesai pemeriksaan itu.

Langkah-langkah jika berlaku kebocoran atau ketidakteraturan yang signifikan

Section 36 — PERATURAN-PERATURAN PEMERANGKAPAN, PENGGUNAAN DAN PENYIMPANAN KARBON (PERMIT DAN PELESENAN LUAR PESISIR) 2025