Seksyen 38
Rancangan langkah pembetulan
(1)
Walau apa pun obligasi berhubung dengan tapak penyimpanan yang dikenakan pada pengendali luar pesisir, Agensi boleh melantik mana-mana orang dengan kepakaran teknikal yang relevan untuk menjalankan apa-apa langkah pembetulan atau langkah pemulihan yang kosnya ditanggung oleh pengendali luar pesisir, jika pengendali luar pesisir gagal melaksanakan langkah-langkah itu atau menanganinya dalam tempoh yang diberikan oleh Agensi.
P.U. (A) 346 34
(2)
Jika Agensi melantik mana-mana orang untuk menjalankan langkah pembetulan atau langkah pemulihan di bawah subperaturan (1), Agensi hendaklah memberitahu pengendali luar pesisir maklumat mengenai orang yang dilantik itu dengan secepat yang dapat dilaksanakan.
(3)
Pengendali luar pesisir hendaklah mengemas kini rancangan langkah pembetulan selepas menjalankan apa-apa langkah pembetulan.
(4)
Agensi hendaklah mendapatkan semula daripada pengendali luar pesisir kos yang ditanggung berhubung dengan langkah-langkah yang disebut dalam subperaturan (1), termasuk dengan menggunakan jaminan kewangan yang diberikan menurut peraturan 32.