Skip to content

Seksyen 40

Pengeluaran sijil penutupan tapak penyimpanan

of Peraturan-Peraturan Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (Permit dan Pelesenan Luar Pesisir) 2025

P.U. (A)In forceProvision 40 of 46
Seksyen 40

(1)

Tapak penyimpanan hendaklah disifatkan sebagai ditutup dan sijil penutupan tapak penyimpanan hendaklah dikeluarkan oleh Agensi jika Agensi—

(a)

berpuas hati bahawa obligasi di bawah subperaturan 39(2) dan syarat yang berkaitan bagi penutupan tapak penyimpanan yang dinyatakan dalam lesen penyimpanan luar pesisir telah dipatuhi; atau

(b)

memutuskan untuk berbuat demikian selepas pembatalan lesen penyimpanan di luar pesisir menurut perenggan 29(1)(a).

(2)

Sebelum pengeluaran sijil penutupan tapak penyimpanan di bawah subperaturan (1), rancangan sementara bagi pasca-penutupan tapak penyimpanan yang disebut dalam peraturan 15 hendaklah—

(a)

dikemas kini sebagaimana yang perlu dengan mengambil kira hasil analisis risiko, amalan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan

P.U. (A) 346 36

karbon yang berhemat dan kemajuan teknologi;

(b)

diserahkan kepada Agensi bagi kelulusannya; dan

(c)

diluluskan oleh

Agensi sebagai rancangan muktamad bagi pasca-penutupan tapak penyimpanan.