Malaysia legislation
Section 42
Seksyen 42
Semua obligasi berkaitan dengan pemantauan, langkah pembetulan dan langkah pemulihan menurut kehendak yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan ini hendaklah dipindahkan kepada Kerajaan atas permintaan pengendali luar pesisir jika
P.U. (A) 346 37
syarat yang berikut telah dipatuhi:
(a)
tapak penyimpanan telah ditutup dan sijil penutupan tapak penyimpanan telah dikeluarkan menurut perenggan 40(1)(a);
(b)
semua bukti yang boleh didapati, termasuk hasil pemantauan yang dikemukakan kepada Agensi menurut peraturan 35, menunjukkan bahawa karbon dioksida yang disimpan akan dibendung sepenuhnya dan selama-lamanya;
(c)
tempoh minimum selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun telah luput selepas pengeluaran sijil penutupan tapak penyimpanan, dan tertakluk kepada peraturan 44, tempoh itu boleh lebih panjang daripada sepuluh tahun jika Agensi tidak berpuas hati bahawa syarat dalam perenggan (b) telah dipatuhi sebelum berakhirnya tempoh minimum sepuluh tahun itu;
(d)
obligasi kewangan untuk membuat bayaran levi suntikan menurut perenggan 41(2)(b) Akta telah dipatuhi;
(e)
tapak penyimpanan telah diadang dan pengendali luar pesisir telah menjalankan penyahtauliahan kemudahan dan struktur yang berkaitan bagi tapak penyimpanan itu sebagaimana yang dikehendaki di bawah perenggan 39(2)(b); dan
(f)
pengendali luar pesisir telah membaiki apa-apa kerosakan pada dasar laut dan tanih bawah di kawasan sekitar tapak penyimpanan itu.
Permohonan bagi pemindahan obligasi