P.U. (A) · As enacted
Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Bomba (Orang Kompeten dan Kontraktor Keselamatan Kebakaran) 2026
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Perkhidmatan
Bomba
(Orang
Kompeten dan
Kontraktor
Keselamatan
Kebakaran) 2026.
Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 3 Februari 2026.
Mana-mana orang yang didaftarkan untuk menjadi orang kompeten di bawah Akta boleh dikategorikan seperti yang berikut:
kategori mekanikal atau elektrikal;
kategori awam atau struktur; atau
kategori pemasangan tetap atau mudah alih.
Orang kompeten yang dikategorikan mengikut kategori di bawah subperaturan (1) hendaklah memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
P.U. (A) 39 3
s 3Syarat bagi orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal di bawah Akta, jika—
orang itu merupakan seorang warganegara Malaysia;
orang itu telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan
orang itu—
memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau elektrikal atau yang setara dengannya, dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; atau
mempunyai sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran.
s 4Syarat bagi orang kompeten dalam kategori awam atau struktur
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori awam atau struktur di bawah Akta, jika orang itu—
telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
selain orang di bawah perenggan (a)—
P.U. (A) 39 4
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya;
dia mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah
Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
dia telah menghadiri kursus berhubung dengan latihan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran dalam kategori awam atau struktur.
s 5Syarat bagi orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih di bawah Akta, jika orang itu—
telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
selain orang di bawah perenggan (a)—
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya;
P.U. (A) 39 5
dia mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah
Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
dia telah menghadiri kursus berhubung dengan latihan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih.
s 6Syarat bagi kontraktor keselamatan kebakaran
Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai kontraktor keselamatan kebakaran di bawah Akta, jika orang itu—
merupakan suatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016
[Akta 777], suatu perkongsian yang didaftarkan di bawah
Akta Perkongsian 1961 [Akta 135] atau suatu perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
[Akta 743];
mempunyai kemudahan dan kelengkapan bagi perkhidmatan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
mengambil kerja satu atau lebih orang kompeten yang berdaftar di bawah Akta.
P.U. (A) 39 6
s 7Fi
Fi bagi pengeluaran atau pembaharuan perakuan pendaftaran berhubung dengan orang kompeten atau kontraktor keselamatan kebakaran adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
s 8Peralihan
Mana-mana orang yang menjalankan perkhidmatan memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini boleh, dalam masa satu tahun dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini, didaftarkan sebagai orang kompeten, jika orang itu memenuhi syarat yang berikut:
bagi orang kompeten dalam kategori mekanikal atau elektrikal—
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan
dia—
memiliki diploma dalam bidang kejuruteraan mekanikal atau elektrikal atau yang setara dengannya dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; atau
mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan
P.U. (A) 39 7
menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran;
bagi orang kompeten dalam kategori awam atau struktur—
dia telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
dia—
telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya; dan
memenuhi syarat yang disebut dalam subperenggan 4(b)(i)
dan (ii) dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
bagi orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih—
dia telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
dia memenuhi syarat yang disebut dalam subperenggan 5(b)(i)
dan (ii) dan mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran.
P.U. (A) 39 8