Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (ORANG KOMPETEN DAN KONTRAKTOR KESELAMATAN KEBAKARAN) 2026

Seksyen 5

Mana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih di bawah Akta, jika orang itu—

(a)

telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai

Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau

(b)

selain orang di bawah perenggan (a)—

(i)

dia merupakan seorang warganegara Malaysia;

(ii)

dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya;

P.U. (A) 39 5

(iii)

dia mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah

Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan

(iv)

dia telah menghadiri kursus berhubung dengan latihan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran dalam kategori pemasangan tetap atau mudah alih.

Syarat bagi kontraktor keselamatan kebakaran

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PERKHIDMATAN BOMBA (ORANG KOMPETEN DAN KONTRAKTOR KESELAMATAN KEBAKARAN) 2026