4. Syarat bagi orang kompeten dalam kategori awam atau struktur
Feedback & supportMana-mana orang boleh memohon untuk didaftarkan sebagai orang kompeten dalam kategori awam atau struktur di bawah Akta, jika orang itu—
telah berkhidmat tidak kurang daripada lima tahun sebagai
Pegawai Bomba atau Pegawai Bomba Bantuan; atau
selain orang di bawah perenggan (a)—
P.U. (A) 39 4
dia merupakan seorang warganegara Malaysia;
dia telah lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau yang setara dengannya;
dia mempunyai sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman bekerja di bawah seliaan orang kompeten yang berdaftar di bawah
Akta dalam memasang, menguji, menservis, mengecas semula atau membaiki mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran; dan
dia telah menghadiri kursus berhubung dengan latihan pemasangan, pengujian, penservisan, pengecasan semula atau pembaikan mana-mana kelengkapan menentang kebakaran atau pepasangan keselamatan kebakaran dalam kategori awam atau struktur.