Malaysia legislation
Section 16
of PERATURAN-PERATURAN SARAAN HAKIM (PINDAAN JADUAL KEDUA) (NO.2) 1980
Seksyen 16
TAMBANG BERBAYAR UNTUK PERJALANAN KE LUAR NEGERI:
(1)
Tambang berbayar untuk perjalanan ke luar negeri dan orang tanggungan tertentu
Sekali dalam tiap-tiap lima tahun dalam perkhidmatannya, seseorang Hakim adalah layak mendapat tambang berbayar oleh Kerajaan untuk perjalanan ke luar negeri ke sesuatu destinasi pilihannya bagi dirinya, isterinya dan tiga orang anak-anak tanggungannya di bawah umur dua puluh satu tahun. Tambang untuk perjalanan itu tidak boleh lebih daripada tambang kapalterbang pergi-balik dari Kuala Lumpur ke London, kelas pertama untuk Hakim dan isterinya dan kelas ekonomi bagi seseorang atau ketiga-tiga anak-anak tanggungan yang mengikutinya.
(2)
Tarikh mula berkuatkuasa
1-7-1980
Diperbuat pada 13hb Disember 1980. [PM. (R) 11880/A/221 J1d. II; PN. (PU $ ^{2} $ ) 91 Pt. II.]
Dengan Titah Perintah,
TAN SRI HASHIM BIN AMAN,
Setiausaha Jumaah Menteri
JUDGES' REMUNERATION ACT 1971
JUDGES' REMUNERATION (AMENDMENT OF SECOND SCHEDULE) (No. 2) REGULATIONS 1980