Malaysia legislation
Section 16
of PERATURAN-PERATURAN SISTEM INSURANS PEKERJAAN (FAEDAH DAN PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN SEMULA) 2018
Seksyen 16
P.U. (A) 354 12
(a)
orang berinsurans itu diperakukan sebagai tidak sihat dari segi perubatan oleh seorang pengamal perubatan; atau
(b)
orang berinsurans itu mempunyai apa-apa sebab lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pertubuhan.
(2)
Bagi maksud subperaturan
(1)
, orang berinsurans hendaklah mengemukakan suatu permohonan untuk menangguhkan penyertaannya dalam program penempatan pekerjaan semula kepada Pertubuhan dalam Borang SIPF 5
Jadual, secara elektronik atau selainnya, bersama dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(3)
Apabila permohonan daripada orang berinsurans di bawah subperaturan (2)
diterima, Pertubuhan hendaklah menentukan sama ada untuk meluluskan atau menolak permohon itu.
P.U. (A) 354 13
(4)
Pertubuhan hendaklah memberitahu orang berinsurans, secara elektronik atau selainnya, tentang penentuannya yang dibuat di bawah subperaturan (3).
(5)
Pemerakuan yang dibuat oleh pengamal perubatan di bawah perenggan
(1)
(a)
hendaklah dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.
(6)
Bagi maksud peraturan ini, “pengamal perubatan” ertinya seorang pengamal perubatan yang berdaftar di bawah Akta Perubatan 1971 [Akta 50].
Aktiviti program penempatan pekerjaan semula