Skip to content

Seksyen 19

Tawaran pekerjaan

of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Faedah dan Program Penempatan Pekerjaan Semula) 2018

P.U. (A)In forceProvision 18 of 21
Seksyen 19

(1)

Jika Pertubuhan memaklumkan orang berinsurans mengenai suatu tawaran pekerjaan daripada mana-mana majikan di bawah subseksyen 44(3) Akta, orang berinsurans itu boleh menerima tawaran pekerjaan itu dalam masa tujuh hari dari tarikh pemberitahuan mengenai tawaran itu.

(2)

Jika orang berinsurans menerima tawaran pekerjaan yang disebut dalam subperaturan (1), orang berinsurans itu hendaklah melapor diri untuk bertugas pada tarikh yang dinyatakan dalam tawaran pekerjaan itu.

(3)

Jika terdapat apa-apa tawaran pekerjaan yang dibuat secara terus oleh mana-mana majikan kepada orang berinsurans, orang berinsurans itu—

P.U. (A) 354 15

(a)

hendaklah memberitahu Pertubuhan bahawa dia itu telah menerima tawaran pekerjaan itu, secara elektronik atau selainnya, dalam masa satu hari dari tarikh tawaran itu diberikan kepadanya; dan

(b)

boleh menerima tawaran pekerjaan itu dalam masa tujuh hari dari tarikh tawaran itu diberikan kepadanya.

(4)

Jika orang berinsurans itu menerima tawaran pekerjaan yang disebut dalam subperaturan (3), orang berinsurans itu hendaklah melapor diri untuk bertugas pada tarikh yang dinyatakan dalam tawaran pekerjaan itu.