Seksyen 17
Aktiviti program penempatan pekerjaan semula
of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Faedah dan Program Penempatan Pekerjaan Semula) 2018
(1)
Apabila memulakan penyertaan dalam program penempatan pekerjaan semula, orang berinsurans hendaklah—
(a)
menjalankan rancangan komitmen pekerjaan sebagaimana yang disediakan di bawah perenggan 15(d) dalam tempoh yang dinyatakan dalam rancangan komitmen pekerjaan itu; dan
(b)
mengemukakan laporan bulanan, dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Pertubuhan, mengenai pencapaiannya yang berhubungan dengan rancangan komitmen pekerjaan kepada
Pertubuhan tidak lebih daripada tiga puluh hari selepas orang berinsurans itu menerima elaun mencari pekerjaan.
(2)
Rancangan komitmen pekerjaan yang disediakan di bawah perenggan 15(d)
boleh dikaji semula oleh Pertubuhan dari semasa ke semasa.