Skip to content

Seksyen 18

Latihan

of Peraturan-Peraturan Sistem Insurans Pekerjaan (Faedah dan Program Penempatan Pekerjaan Semula) 2018

P.U. (A)In forceProvision 17 of 21
Seksyen 18

(1)

Dalam menjalankan rancangan komitmen pekerjaan yang disediakan di bawah perenggan 15(d), orang berinsurans boleh memohon kepada Pertubuhan dalam Borang SIPF 6 Jadual untuk menjalani apa-apa latihan yang disediakan oleh pemberi latihan yang diluluskan oleh Pertubuhan.

P.U. (A) 354 14

(2)

Jika Pertubuhan meluluskan permohonan di bawah subperaturan (1), orang berinsurans hendaklah—

(a)

menghadiri dan menyempurnakan latihan dalam tempoh yang dinyatakan; dan

(b)

mengemukakan bukti kehadiran bagi latihan itu yang diperakukan oleh pemberi latihan bersama dengan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan kepada Pertubuhan tidak lebih daripada tujuh hari selepas hari terakhir bagi bulan yang orang berinsurans itu menghadiri latihan itu.

(3)

Pertubuhan boleh meluluskan suatu permohonan bagi apa-apa latihan di bawah subperaturan (1) yang fi latihannya melebihi amaun maksimum fi latihan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta jika orang berinsurans itu bersetuju untuk membayar perbezaan antara fi latihan dengan amaun maksimum fi latihan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga kepada Akta.