Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Bekalan
Elektrik
(Kumpulan Wang Industri Elektrik) (Sumbangan oleh Tenaga Nasional
Berhad) 2017.
(2)
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 8 April 2017.
Sumbangan oleh Tenaga Nasional Berhad
/akn/my/act/pua/2017/115
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH BEKALAN ELEKTRIK (KUMPULAN WANG INDUSTRI ELEKTRIK) (SUMBANGAN OLEH TENAGA NASIONAL BERHAD) 2017 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 115 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan
Perintah
Bekalan
Elektrik
(Kumpulan Wang Industri Elektrik) (Sumbangan oleh Tenaga Nasional
Berhad) 2017.
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 8 April 2017.
Sumbangan oleh Tenaga Nasional Berhad
Tenaga Nasional Berhad hendaklah menguntukkan dan membayar kepada Kumpulan Wang Industri Elektrik semua wang yang terkumpul, termasuk faedah, terbitan daripada penjimatan atau penalti atau apa-apa sebab wajar yang lain, yang diperoleh daripada pelaksanaan dan penguatkuasaan perjanjian pembelian tenaga dengan pemegang lesen yang lain.
Wang itu hendaklah dibayar pada permulaan tahun kalendar atau pada mana-mana tarikh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Cara bayaran
Bayaran kepada Kumpulan Wang Industri Elektrik hendaklah dibuat melalui pemindahan dana elektronik atau apa-apa cara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Tenaga Nasional Berhad hendaklah mengemukakan bukti pembayaran kepada Suruhanjaya dalam tempoh empat belas hari selepas bayaran dibuat dan
Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan suatu resit bagi bayaran yang dibuat itu.
P.U. (A) 115 3
Bayaran balik
Jika Tenaga Nasional Berhad mendapati terdapat bayaran berlebihan kepada Kumpulan Wang Industri Elektrik, Tenaga Nasional Berhad boleh membuat permohonan bertulis kepada Suruhanjaya untuk bayaran balik bayaran berlebihan itu.
Suruhanjaya hendaklah, apabila menerima permohonan itu dan berpuas hati bahawa terdapat bayaran berlebihan kepada Kumpulan Wang Industri Elektrik, membayar balik bayaran berlebihan itu kepada Tenaga Nasional Berhad tanpa bunga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penentusahan bayaran berlebihan itu oleh
Suruhanjaya.
Mendapatkan semula kekurangan
Jika terdapat sesuatu kekurangan dalam peruntukan atau pembayaran yang telah dibuat oleh Tenaga Nasional Berhad, Suruhanjaya hendaklah, dengan seberapa cepat yang dapat dilaksanakan, memberitahu Tenaga Nasional Berhad secara bertulis tentang kekurangan itu dan meminta Tenaga Nasional Berhad untuk membayar kekurangan itu.
Tenaga Nasional Berhad hendaklah membayar kekurangan itu tanpa apa-apa bunga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan itu.
Dibuat 10 Mac 2017
[KeTTHA: (S)100-1/1/5; PN(PU2)486/VII]
DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
P.U. (A) 115 4
ELECTRICITY SUPPLY ACT 1990
ELECTRICITY SUPPLY (ELECTRICITY INDUSTRY FUND) (CONTRIBUTION BY
TENAGA NASIONAL BERHAD) ORDER 2017
Opening note
This order may be cited as the Electricity Supply (Electricity Industry
Fund) (Contribution by Tenaga Nasional Berhad) Order 2017.
This Order comes into operation on 8 April 2017.
Contribution by Tenaga Nasional Berhad 2.
Tenaga Nasional Berhad shall allocate and pay to the Electricity Industry
Fund all monies accrued, including interest, due to savings or penalty or any other justified reason, derived from implementing and enforcing the power purchase agreement with other licensees.
The monies shall be paid at the beginning of the calendar year or on any other date as may be specified by the Commission.
Mode of payment 3.
A payment to the Electricity Industry Fund shall be made by electronic fund transfer or any other method as may be determined by the Commision.
Tenaga Nasional Berhad shall submit proof of payment to the Commission within fourteen days after the payment is made and the Commission shall issue a receipt for the payment made.
P.U. (A) 115 5
Refund 4.
If Tenaga Nasional Berhad discovers that there has been an over payment to the Electricity Industry Fund, Tenaga Nasional Berhad may make a written application to the Commission for the refund of the over payment.
The Commission shall, upon receiving the application and being satisfied that there has been over payment of the contribution to the Electricity Industry Fund, refund such over payment to the Tenaga Nasional Berhad without interest within thirty days from the date of the verification of the over payment by the Commission.
Recovery of shortfall 5.
If there is a shortfall in the allocation or payment made by Tenaga
Nasional Berhad, the Commission shall, as soon as practicable, notify Tenaga Nasional
Berhad in writing of the shortfall and request Tenaga Nasional Berhad to pay the shortfall.
Tenaga Nasional Berhad shall pay the shortfall without interest within thirty days from the date of receipt of the notification.
Made 10 March 2017
[KeTTHA: (S)100-1/1/5; PN(PU2)486/VII]
DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Minister of Energy, Green Technology and Water