Seksyen 1
(1)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pelancongan
(Pengecualian) 2017.
(2)
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 23 Ogos 2017.
Pengecualian daripada pembayaran cukai pelancongan
/akn/my/act/pua/2017/240
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERINTAH CUKAI PELANCONGAN (PENGECUALIAN) 2017 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 240 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Cukai Pelancongan
(Pengecualian) 2017.
Perintah ini mula berkuat kuasa pada 23 Ogos 2017.
Pengecualian daripada pembayaran cukai pelancongan
Pelancong yang berikut dikecualikan daripada pembayaran keseluruhan cukai pelancongan:
pelancong yang merupakan pemastautin tetap Malaysia.
Pengecualian daripada pemungutan cukai pelancongan dan pendaftaran
Pengendali yang berikut dikecualikan daripada memungut keseluruhan cukai pelancongan dan kehendak untuk mendaftar di bawah Bahagian IV Akta:
pengendali yang mengendalikan homestay di bawah Program Pengalaman
Homestay Malaysia sebagaimana yang ditentukan oleh menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan, dan berdaftar dengan kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
pengendali yang mengendalikan kampungstay di bawah Program Visit My
Kampung: Kampungstay sebagaimana yang ditentukan oleh menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan, dan
P.U. (A) 240 3
berdaftar dengan kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, badan berkanun, pihak berkuasa tempatan atau institusi pengajian tinggi swasta yang berdaftar di bawah
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555] yang mengendalikan premis penginapan sebagai kemudahan bagi mana-mana orang bagi maksud pendidikan, latihan atau kebajikan;
majikan yang mengendalikan premis penginapan sebagai kemudahan bagi pekerjanya;
badan keagamaan atau kebajikan sebagaimana yang diluluskan oleh
Menteri, yang mengendalikan premis penginapan bagi maksud aktiviti keagamaan atau kebajikan dan bukan bagi maksud komersial dan berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang mengawal selia badan itu; dan
pengendali yang mengendalikan premis penginapan yang mempunyai empat bilik penginapan atau kurang.
Dibuat 21 Ogos 2017
[SULIT.KE.HF(152)860/01-Klt.2(32);Perb.R0.3865/356/1JLD.16(SK.5)A; PN(PU2)745]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Menteri Kewangan Kedua
P.U. (A) 240 4
TOURISM TAX ACT 2017
TOURISM TAX (EXEMPTION) ORDER 2017
Opening note
This Order comes into operation on 23 August 2017.
Exemption from payment of tourism tax 2.
The following tourists are exempted from the payment of the whole of tourism tax:
a tourist who is a permanent resident of Malaysia.
Exemption from collecting tourism tax and registration 3.
The following operators are exempted from collecting the whole of tourism tax and the requirement to register under Part IV of the Act:
an operator operating a homestay under the Pengalaman Homestay
Malaysia Programme as determined by the minister charged with the responsibility for tourism, and is registered with the ministry charged with the responsibility for tourism;
an operator operating a kampungstay under the Visit My Kampung
Programme: Kampungstay as determined by the minister charged with the responsibility for tourism, and is registered with the ministry charged with the responsibility for tourism;
P.U. (A) 240 5
the Federal Government, State Government, statutory body, local authority or private higher educational institutions registered under the
Private Higher Educational Institutions Act 1996 [Act 555] operating accommodation premises as a facility to any person for educational, training or welfare purposes;
a religious or welfare body as approved by the Minister, operating accommodation premises for the purpose of religious or welfare activities and not for commercial purpose and registered with the Registrar of
Societies Malaysia or under any written law governing such body; and
an operator operating accommodation premises having four accommodation rooms or less.
Made 21 August 2017
[SULIT.KE.HF(152)860/01-Klt.2(32);Perb.R0.3865/356/1JLD.16(SK.5)A; PN(PU2)745]
DATUK SERI JOHARI BIN ABDUL GHANI
Second Minister of Finance