Skip to content
In forceAs enacted
Contents

P.U. (A)

Perintah Cukai Pendapatan (Penganjuran Lawatan Insentif, Persidangan dan Pameran Perdagangan Bertaraf Antarabangsa) (Pengecualian) 2026

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Cukai

Pendapatan

(Penganjuran Lawatan Insentif, Persidangan dan Pameran Perdagangan

Bertaraf Antarabangsa) (Pengecualian) 2026.

(2)

Perintah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026 hingga tahun taksiran 2027.

s 2Tafsiran

Dalam Perintah ini—

“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti yang layak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3;

“orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 2016 [Akta 777], atau suatu persatuan atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], yang menjalankan suatu aktiviti yang layak;

“pendapatan berkanun” ertinya fi dan pembayaran lain yang diterima oleh orang yang layak daripada aktiviti yang layak, ditolak perbelanjaan yang dibenarkan bagi maksud cukai dan elaun modal, jika ada;

“peserta asing” ertinya individu yang bukan warganegara Malaysia yang menyertai lawatan insentif, persidangan atau pameran perdagangan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia, tetapi tidak termasuk individu yang bukan warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.

P.U. (A) 355 3

s 3Aktiviti yang layak

Aktiviti yang layak yang disebut dalam Perintah ini ialah suatu aktiviti untuk mempromosi atau menganjurkan lawatan insentif, persidangan atau pameran perdagangan bertaraf antarabangsa bagi peserta asing yang diadakan di Malaysia.

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

(a)

jumlah bilangan peserta asing yang dibawa masuk oleh orang yang layak bagi lawatan insentif bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia adalah sekurang-kurangnya seribu lima ratus dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;

(b)

jumlah bilangan peserta asing yang dibawa masuk oleh orang yang layak bagi persidangan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia adalah sekurang-kurangnya dua ribu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; atau

(c)

jumlah bilangan peserta asing yang dibawa masuk oleh orang yang layak bagi pameran perdagangan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia adalah sekurang-kurangnya tiga ribu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(3)

Jumlah bilangan pelancong asing bagi suatu aktiviti yang layak hendaklah ditentusahkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

P.U. (A) 355 4

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

s 5Penyenggaraan akaun yang berasingan

Orang yang layak yang diberikan pengecualian di bawah subperenggan 4(1)

hendaklah menyenggara suatu akaun yang berasingan bagi pendapatan yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak di bawah subperenggan itu.

s 6Pembatalan

Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 53) 2000 [P.U. (A) 500/2000]

dibatalkan.

Dibuat 24 September 2026

[Perb. MOF.700-2/7/2319(S); LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29) – 488; PN(PU2)80/JLD.117]

DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN

Menteri Kewangan II

P.U. (A) 355 5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (ORGANIZING INCENTIVE TRIPS, CONFERENCES AND TRADE

EXHIBITIONS OF INTERNATIONAL STANDARD) (EXEMPTION) ORDER 2026