Perintah Cukai Pendapatan (Penganjuran Lawatan Insentif, Persidangan dan Pameran Perdagangan Bertaraf Antarabangsa) (Pengecualian) 2026 · As enacted
2. Tafsiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam Perintah ini—
“aktiviti yang layak” ertinya suatu aktiviti yang layak sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 3;
“orang yang layak” ertinya suatu syarikat yang diperbadankan di bawah
Akta Syarikat 2016 [Akta 777], atau suatu persatuan atau organisasi yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335], yang menjalankan suatu aktiviti yang layak;
“pendapatan berkanun” ertinya fi dan pembayaran lain yang diterima oleh orang yang layak daripada aktiviti yang layak, ditolak perbelanjaan yang dibenarkan bagi maksud cukai dan elaun modal, jika ada;
“peserta asing” ertinya individu yang bukan warganegara Malaysia yang menyertai lawatan insentif, persidangan atau pameran perdagangan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia, tetapi tidak termasuk individu yang bukan warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
P.U. (A) 355 3