Skip to content
Contents

4. Pengecualian

(1)

Menteri mengecualikan orang yang layak yang bermastautin di Malaysia daripada pembayaran cukai pendapatan berkenaan dengan pendapatan berkanun yang diperoleh daripada suatu aktiviti yang layak dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(2)

Pengecualian yang diberikan di bawah subperenggan (1) hendaklah memenuhi syarat yang berikut:

(a)

jumlah bilangan peserta asing yang dibawa masuk oleh orang yang layak bagi lawatan insentif bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia adalah sekurang-kurangnya seribu lima ratus dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran;

(b)

jumlah bilangan peserta asing yang dibawa masuk oleh orang yang layak bagi persidangan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia adalah sekurang-kurangnya dua ribu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran; atau

(c)

jumlah bilangan peserta asing yang dibawa masuk oleh orang yang layak bagi pameran perdagangan bertaraf antarabangsa yang diadakan di Malaysia adalah sekurang-kurangnya tiga ribu dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran.

(3)

Jumlah bilangan pelancong asing bagi suatu aktiviti yang layak hendaklah ditentusahkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

P.U. (A) 355 4

(4)

Tiada apa-apa jua dalam subperenggan (1) boleh melepaskan atau disifatkan telah melepaskan orang yang layak itu daripada mematuhi apa-apa kehendak untuk mengemukakan apa-apa penyata atau penyata akaun atau untuk mengemukakan apa-apa maklumat lain di bawah Akta.

Report