Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (A)

Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011

Feedback & support

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Perintah ini bolehlah dinamakan

Perintah

Perihal

Dagangan

(Takrif Halal) 2011.

(2)

Perintah ini mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2012.

s 2Tafsiran

Dalam Perintah ini—

“Hukum Syarak” ertinya undang-undang Islam mengikut Mazhab Syafii, atau undang-undang Islam dalam mana-mana satu daripada Mazhab lain sama ada Hanafi,

Maliki atau Hambali yang telah dipersetujui oleh Yang Di-Pertuan Agong untuk dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Pulau

Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak atau oleh Raja bagi mana-mana Negeri untuk dikuatkuasakan di Negeri masing-masing;

“makanan” termasuklah tiap-tiap barang yang dikilangkan, dijual atau digambarkan untuk digunakan sebagai makanan atau minuman bagi kegunaan manusia atau yang memasuki ke dalam atau digunakan di dalam komposisi, penyediaan, pengawetan, mana-mana makanan atau minuman bagi kegunaan manusia dan termasuklah konfeksi, bahan kunyahan dan apa-apa bahan bagi makanan, minuman, konfeksi atau bahan kunyahan itu;

“perkhidmatan yang berkaitan dengan makanan atau barang-barang”

termasuklah pengangkutan, penyimpanan dan pemprosesan bahan mentah, penyajian dan peruncitan makanan atau barang-barang tersebut.

P.U. (A) 430 3

(1)

Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:

(a)

bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh Hukum

Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;

(b)

tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum

Syarak;

(c)

tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak;

(d)

tidak mengandungi mana-mana bahagian anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak;

(e)

tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;

(f)

tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak; dan

(g)

tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi perenggan (a) dan (b).

(2)

Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.

P.U. (A) 430 4

(3)

Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu yang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan dengan perenggan ini adalah melakukan suatu kesalahan.

(1)

Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam adalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Bagi maksud subperenggan (1), “representasi atau perbuatan” termasuklah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran atau apa-apa perkara atau objek yang berhubung dengan agama Islam sama ada di premis di mana makanan itu dijual atau di bekas di mana makanan itu dibekalkan.

(3)

Jika mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah subperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan yang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendak perenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.

s 5Penalti

Mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah Perintah ini boleh, apabila disabitkan—

(a)

jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit; atau

(b)

jika orang itu bukan suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua

P.U. (A) 430 5

atau yang berikutnya, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

s 6Pembatalan

Perintah

Perihal

Dagangan

(Penggunaan

Perbahasan

“Halal”)

1975

[P.U. (A) 237/1975] dibatalkan.

Dibuat29 Disember 2011

[KPDN(PUU)(PU2)26/5/5; PN(PU2)120/VI]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua yang menjalankan fungsi-fungsi Menteri Perdagangan Dalam

Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

P.U. (A) 430 6

TRADE DESCRIPTIONS ACT 2011

TRADE DESCRIPTIONS (DEFINITION OF HALAL) ORDER 2011