Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 · As enacted
3. Halal dan ungkapan lain ditakrifkan
Feedback & supportOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Apabila suatu makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan makanan atau barang-barang itu boleh dimakan atau digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti makanan atau barang-barang itu:
bukanlah dan tidaklah terdiri daripada atau mengandungi apa-apa bahagian atau benda daripada binatang yang dilarang oleh Hukum
Syarak bagi orang Islam untuk memakannya atau yang tidak disembelih mengikut Hukum Syarak;
tidak mengandungi apa-apa benda yang najis mengikut Hukum
Syarak;
tidak memabukkan mengikut Hukum Syarak;
tidak mengandungi mana-mana bahagian anggota manusia atau hasilan daripadanya yang tidak dibenarkan oleh Hukum Syarak;
tidak beracun atau memudaratkan kesihatan;
tidak disediakan, diproses atau dikilang menggunakan apa-apa peralatan yang dicemari najis mengikut Hukum Syarak; dan
tidaklah dalam masa menyediakan, memproses atau menyimpannya bersentuhan, bercampur atau berdekatan dengan apa-apa makanan yang gagal memenuhi perenggan (a) dan (b).
Apabila perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain untuk menunjukkan perkhidmatan itu boleh digunakan oleh orang Islam, ungkapan tersebut bererti perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu dijalankan mengikut Hukum Syarak.
P.U. (A) 430 4
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan, barang-barang atau perkhidmatan yang berhubung dengan makanan atau barang-barang itu yang diperihalkan sebagai halal atau diperihalkan dengan apa-apa ungkapan lain yang bertentangan dengan perenggan ini adalah melakukan suatu kesalahan.