In forceAs enactedCurrent version · As enacted
Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 · As enacted
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa makanan dengan membuat apa-apa representasi atau perbuatan yang boleh memperdayakan atau mengelirukan mana-mana orang bahawa makanan itu adalah halal atau boleh dimakan oleh orang Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
Bagi maksud subperenggan (1), “representasi atau perbuatan” termasuklah penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran atau apa-apa perkara atau objek yang berhubung dengan agama Islam sama ada di premis di mana makanan itu dijual atau di bekas di mana makanan itu dibekalkan.
Jika mana-mana orang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah subperenggan (1), beban untuk membuktikan bahawa makanan yang dibekalkan atau ditawar untuk dibekalkan adalah halal mengikut kehendak perenggan 3 hendaklah terletak pada orang yang dipertuduh itu.