Seksyen 1
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Negara Eritrea) 2017.
/akn/my/act/pua/2017/164
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN BANK NEGARA MALAYSIA (PELAKSANAAN KETETAPAN MAJLIS KESELAMATAN BANGSA-BANGSA BERSATU YANG BERHUBUNGAN DENGAN NEGARA ERI... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 164 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Bank
Negara Malaysia (Pelaksanaan Ketetapan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa
Bersatu yang berhubungan dengan Negara Eritrea) 2017.
Matlamat
Majlis
Keselamatan
Bangsa-Bangsa
Bersatu menurut
Perkara 41 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi kesan kepada pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi yang berhubungan dengan Negara Eritrea dan untuk memperuntukkan mengenai perkara lain yang berkaitan.
Tafsiran
“Jawatankuasa Majlis Keselamatan” ertinya Jawatankuasa Majlis Keselamatan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan menurut perenggan 11 Ketetapan 751 (1992)
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“Ketetapan” ertinya Ketetapan 751 (1992), 1907 (2009) dan 2023 (2011)
Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu;
“Majlis Keselamatan” ertinya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang ditubuhkan di bawah Perkara 7 Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu;
P.U. (A) 164 3
“orang yang ditetapkan” ertinya individu atau entiti sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan 4.
Orang yang ditetapkan
Orang yang ditetapkan hendaklah seseorang individu atau entiti yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan di bawah
Ketetapan sebagaimana yang disenaraikan dalam Senarai yang diwujudkan, disenggarakan dan dikemas kini oleh Jawatankuasa Majlis Keselamatan dan boleh didapati di laman sesawang rasmi Bangsa-Bangsa Bersatu di http://www.un.org.
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi
Sesuatu institusi kewangan hendaklah—
membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dimiliki atau dikawal, sama ada secara langsung atau tidak langsung, oleh—
orang yang ditetapkan; atau
individu atau entiti yang bertindak bagi pihak, atau atas arahan, mana-mana orang yang ditetapkan; dan
memastikan bahawa tiada dana, aset kewangan atau sumber ekonomi diadakan oleh mana-mana orang untuk atau bagi faedah orang yang disebut dalam perenggan (1)(a).
Pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) tidak terpakai bagi pembekuan dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang telah ditentukan oleh Bank, melalui suatu notis bertulis, sebagai perlu—
bagi bayaran perbelanjaan asas, termasuk apa-apa bayaran bagi bahan makanan, sewa atau gadaian, ubat dan rawatan perubatan, cukai, premium insurans dan caj utiliti awam;
P.U. (A) 164 4
secara eksklusif bagi bayaran fi profesional yang munasabah dan pembayaran balik perbelanjaan yang ditanggung yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan guaman mengikut mana-mana undang-undang bertulis;
bagi bayaran fi atau caj perkhidmatan mengikut mana-mana undang-undang bertulis bagi pemegangan atau penyenggaraan lazim dana, aset kewangan atau sumber ekonomi yang dibekukan;
bagi bayaran apa-apa perbelanjaan luar biasa yang diluluskan oleh
Jawatankuasa Majlis Keselamatan; atau
dalam perkara mana-mana lien kehakiman, pentadbiran atau timbang tara atau penghakiman, yang dalam hal sedemikian dana, aset kewangan atau sumber ekonomi itu boleh digunakan untuk memenuhi lien atau penghakiman itu, dengan syarat lien atau penghakiman itu—
telah dibuat sebelum 23 Disember 2009; dan
Pembekuan dana, aset kewangan dan sumber ekonomi di bawah subperaturan (1) hendaklah terhenti daripada terpakai bagi seseorang yang ditetapkan jika Majlis Keselamatan atau Jawatankuasa Majlis Keselamatan telah mengeluarkan nama orang yang ditetapkan itu daripada Ketetapan.
Langkah-langkah perlu bagi menghalang pembiayaan, dsb., kepada orang yang ditetapkan
Sesuatu institusi kewangan, termasuk cawangannya di luar Malaysia, hendaklah menjalankan usaha yang wajar untuk menghalang peruntukan perkhidmatan kewangan termasuk insurans atau insurans semula atau pemindahan apa-apa aset kewangan atau
P.U. (A) 164 5
aset lain atau sumber kewangan atau sumber lain jika perkhidmatan, aset atau sumber itu, termasuk pelaburan baharu dalam sektor ekstratif akan melanggar Ketetapan.
Kewajipan untuk memberi maklumat
telah membekukan apa-apa dana, aset kewangan atau sumber ekonomi di bawah subperaturan 5(1); atau
mempunyai maklumat tentang apa-apa transaksi atau transaksi yang dicadangkan atau apa-apa perbuatan atau benda yang dilarang oleh
Peraturan-Peraturan ini, hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank mengenai fakta atau maklumat itu, dan memberi maklumat yang selanjutnya yang berhubungan dengan dana, aset kewangan, sumber ekonomi, transaksi, transaksi yang dicadangkan, perbuatan atau benda itu sebagaimana yang dikehendaki oleh Bank.
Kesalahan
Mana-mana institusi kewangan yang tidak mematuhi Peraturan-Peraturan ini melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen 82(4) Akta.
Dibuat 11 Mei 2017
[BNM.JUN.1125/54/03; PN(PU2)262/X]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Gabenor
Diluluskan 31 Mei 2017
[KK/BPKAK/P/(S)382/6 JLD.2 (16) ; PN(PU2)262/X]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Menteri Kewangan
P.U. (A) 164 6
CENTRAL BANK OF MALAYSIA ACT 2009
CENTRAL BANK OF MALAYSIA (IMPLEMENTATION OF THE UNITED NATIONS
SECURITY COUNCIL RESOLUTIONS RELATING TO THE STATE OF ERITREA)
REGULATIONS 2017
Opening note
A financial institution shall—
freeze any funds, financial assets or economic resources owned or controlled, whether directly or indirectly, by—
a designated person; or
an individual or entity acting on behalf, or at the direction, of any designated person; and
ensure that no funds, financial assets or economic resources are made available by any person to or for the benefit of the persons referred to in paragraph (1)(a).
The freezing of funds, financial assets or economic resources under subregulation (1) shall not apply to the freezing of funds, financial assets or economic resources which have been determined by the Bank, through a written notice, to be necessary—
for the payment of basic expenses, including any payment for foodstuff, rent or mortgage, medicines and medical treatment, taxes, insurance premiums and public utility charges;
P.U. (A) 164 8
exclusively for the payment of reasonable professional fees and reimbursement of incurred expenses associated with the provision of legal services in accordance with any written law;
for the payment of fees or service charges in accordance with any written law, for routine holding or maintenance of the frozen funds, financial assets or economic resources;
for the payment of any extraordinary expenses approved by the
Security Council Committee; or
in the subject of any judicial, administrative or arbitral lien or judgment, in which case the funds, financial assets or economic resources may be used to satisfy such lien or judgment, provided that the lien or judgment—
was entered into before 23 December 2009; and
The freezing of funds, financial assets and economic resources under subregulation (1) shall cease to apply to a designated person if the Security Council or the Security Council Committee has removed the name of the designated person from the Resolutions.
Necessary measures to prevent financing, etc., to a designated person 6.
A financial institution, including its branches outside Malaysia, shall exercise due diligence to prevent the provision of financial services including insurance or reinsurance or the transfer of any financial or other assets or resources if such services, assets or resources, including new investment in the extractives sector would contravene the Resolutions.
P.U. (A) 164 9
Duty to provide information 7.
A financial institution which—
has frozen any funds, financial assets or economic resources under subregulation 5(1); or
has information about any transaction or proposed transaction or any act or thing prohibited by these Regulations, shall immediately inform the Bank of that fact or information, and provide such further information relating to the funds, financial assets, economic resources, transaction, proposed transaction, act or thing as the Bank may require.
Offence 8.
Any financial institution who fails to comply with these Regulations commits an offence under subsection 82(4) of the Act.
Made 11 May 2017
[BNM.JUN.1125/54/03; PN(PU2)262/X]
MUHAMMAD BIN IBRAHIM
Governor
Approved 31 May 2017
[KK/BPKAK/P/(S)382/6 JLD.2 (16); PN(PU2)262/X]
DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
Minister of Finance