Seksyen 1
(1)
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pencegahan Jenayah (Kad Pengenalan) 2017.
/akn/my/act/pua/2017/386
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
PERATURAN-PERATURAN PENCEGAHAN JENAYAH (KAD PENGENALAN) 2017 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 386 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.
Opening note
Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan
Pencegahan Jenayah (Kad Pengenalan) 2017.
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“kad pengenalan” ertinya kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah subperaturan 3(3);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pendaftaran Negara yang dilantik di bawah seksyen 3 Akta Pendaftaran Negara 1959 [Akta 78];
“pegawai pendaftaran” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 3, 3A atau 3B Akta Pendaftaran Negara 1959.
Permohonan kad pengenalan
Orang berdaftar hendaklah, dalam tempoh tujuh hari dari tarikh orang berdaftar itu didaftarkan di bawah Akta, membuat permohonan bagi suatu kad pengenalan.
Apabila orang berdaftar membuat permohonan bagi suatu kad pengenalan, orang berdaftar itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan asalnya atau
P.U. (A) 386 3
dokumen pengenalan sementara yang dikeluarkan kepadanya di bawah
Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 [P.U. (A) 472/1990] kepada pegawai pendaftaran bagi maksud pembatalan.
Ketua Pengarah hendaklah, apabila menerima permohonan daripada orang berdaftar, mengeluarkan suatu kad pengenalan berwarna coklat yang mengandungi apa-apa kod dan maklumat sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah kepada orang berdaftar itu.
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Jagaan dan simpanan selamat kad pengenalan
Jika orang berdaftar yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan diletakkan di bawah suatu perintah pengawasan, orang berdaftar itu hendaklah bertanggungjawab untuk menjaga kad pengenalan itu dan hendaklah membawa kad pengenalan itu pada setiap masa.
Jika orang berdaftar yang kepadanya suatu kad pengenalan telah dikeluarkan ditahan di bawah suatu perintah tahanan, orang berdaftar itu hendaklah menyerahkan kad pengenalan itu kepada pegawai penjara untuk simpanan selamat.
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengemukaan dan pemeriksaan kad pengenalan
Orang berdaftar hendaklah, apabila diminta oleh mana-mana pegawai pendaftaran atau pegawai polis, mengemukakan kad pengenalannya untuk diperiksa.
P.U. (A) 386 4
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembetulan atau pengubahan butiran
Jika terdapat apa-apa kesilapan atau perubahan maklumat dalam sesuatu kad pengenalan, orang berdaftar yang kepadanya kad pengenalan itu dikeluarkan hendaklah membuat permohonan untuk membetulkan kesilapan atau mengubah butiran dalam kad pengenalan itu.
Pengubahan pada kad pengenalan adalah dilarang
Tiada seorang pun, selain pegawai pendaftaran yang bertindak dalam menjalankan tugasnya, boleh membuat apa-apa tanda, endorsan atau catatan pada, memadam, mengganggu, membatalkan atau mengubah apa-apa tanda, endorsan atau catatan yang terkandung dalam, atau selainnya mencacatkan atau memusnahkan, sesuatu kad pengenalan atau salinannya.
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Penggantian kad pengenalan
Jika suatu kad pengenalan yang dikeluarkan kepada orang berdaftar hilang, musnah, rosak atau cacat, orang berdaftar itu hendaklah, tanpa kelengahan tidak wajar, membuat laporan polis.
Selepas membuat laporan polis, orang berdaftar itu hendaklah memohon untuk menggantikan kad pengenalan yang hilang, musnah, rosak atau cacat itu.
Permohonan bagi penggantian kad pengenalan hendaklah disertakan dengan fi yang berikut:
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Pembatalan kad pengenalan
Jika sesuatu perintah pengawasan atau perintah tahanan terhadap orang berdaftar dibatalkan oleh Lembaga atau telah tamat tempoh, orang berdaftar itu yang kepadanya telah dikeluarkan suatu kad pengenalan hendaklah membuat permohonan untuk membatalkan kad pengenalan itu.
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Larangan memiliki kad pengenalan selain yang dikeluarkan di bawah
Peraturan-Peraturan ini
Orang berdaftar tidak boleh memiliki apa-apa kad pengenalan selain kad pengenalan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
Mana-mana orang berdaftar yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Daftar
Ketua Pengarah hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu daftar orang yang telah dikeluarkan kad pengenalan di bawah Peraturan-Peraturan ini.
P.U. (A) 386 6
Pembatalan
Peraturan-Peraturan Pencegahan Jenayah 1959 [L.N. 87/1959] dibatalkan.
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Menteri Dalam Negeri
Dibuat 9 Disember 2017
[KDN(R)03/510/1 Jld 8(38); PN(PU2)696/III]
P.U. (A) 386 7
PREVENTION OF CRIME ACT 1959
PREVENTION OF CRIME (IDENTITY CARD) REGULATIONS 2017
Opening note
These regulations may be cited as the Prevention of Crime
(Identity Card) Regulations 2017.
These Regulations come into operation on 15 December 2017.
Interpretation 2.
In these Regulations, unless the context otherwise requires—
“identity card” means an identity card issued under subregulation 3(3);
“Director General” means the Director General of National Registration appointed under section 3 of the National Registration Act 1959 [Act 78];
“registration officer”
means any person who is appointed under section 3, 3A or 3B of the National Registration Act 1959.
Application of identity card 3.
A registered person shall, within seven days from the date he is registered under the Act, make an application for an identity card.
When a registered person makes an application for an identity card, the registered person shall surrender his original identity card or temporary document of identity issued to him under the National Registration Regulations 1990
[P.U. (A) 472/1990] to the registration officer for the purpose of revocation.
P.U. (A) 386 8
The Director General shall, upon receiving an application from a registered person, issue to the registered person an identity card in brown colour which shall contain any code and information as may be determined by the Director General.
Any registered person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Custody and safe keeping of identity card 4.
If a registered person to whom an identity card has been issued is placed under a supervision order, the registered person shall be responsible for the custody of the identity card and shall carry the identity card at all times.
If a registered person to whom an identity card has been issued is detained under a detention order, the registered person shall surrender the identity card to a prison officer for safe keeping.
Any registered person who contravenes subregulation (1) or (2) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Production and inspection of identity card 5.
A registered person shall, upon demand by any registration officer or police officer, produce his identity card for inspection.
Any registered person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Correction or alteration of particulars 6.
If there is any error or change in particulars in an identity card, a registered person to whom the identity card has been issued shall make an application to correct the error or to change the particulars in the identity card.
P.U. (A) 386 9
Alteration to identity card is prohibited 7.
No person, other than a registration officer acting in the course of his duty, shall make any mark, endorsement or entry upon, erase, tamper, cancel or alter any mark, endorsement or entry contained in, or otherwise deface or destroy, an identity card or its duplicate.
Any person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Replacement of identity card 8.
If an identity card which has been issued to a registered person is lost, destroyed, mutilated or defaced, the registered person shall, without undue delay, make a police report.
After making a police report, the registered person shall apply for the replacement of identity card which is lost, destroyed, mutilated or defaced.
An application for replacement of identity card shall be accompanied by the following fees:
for the third and subsequent applications, the fee shall be one thousand ringgit.
Any registered person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
P.U. (A) 386 10
Cancellation of identity card 9.
Where a supervision order or detention order against a registered person is revoked by the Board or has expired, the registered person who has been issued with an identity card shall make an application to cancel the identity card.
Any registered person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Prohibition of possessing identity card other than issued under these Regulations 10.
A registered person shall not possess any identity card other than the identity card issued under these Regulations.
Any registered person who contravenes subregulation (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding five thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding three years or to both.
Register 11.
The Director General shall keep and maintain a register of persons who have been issued with the identity cards under these Regulations.
Revocation 12.
The Prevention of Crime Regulations 1959 [L.N. 87/1959] are revoked.
Made 9 December 2017
[KDN(R)03/510/1 Jld 8(38); PN(PU2)696/III]
DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Minister of Home Affairs