Malaysia legislation

Section 2

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 4D 2011

Seksyen 2

Dalam Skim ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“4D” ertinya SABAH 4D;

“Akta” ertinya Akta Pertaruhan Pool 1967 [Akta 384];

“angka” ertinya satu integer bukan negatif bermula dari sifar hingga sembilan;

“cabutan” ertinya nombor kemenangan yang dipilih secara rawak oleh pemegang lesen;

“Cabutan 4D” ertinya cabutan nombor daripada peralatan cabutan di bawah

Skim ini;

“ejen” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh pemegang lesen, termasuk mana-mana pekerjanya, untuk menjalankan apa-apa transaksi kewangan berhubungan dengan Pertaruhan 4D;

“harga” ertinya jumlah pertaruhan yang kena dibayar oleh peserta kepada pemegang lesen atau ejennya, dan termasuk cukai, jika ada;

“jenis taruhan” ertinya taruhan Besar 4D atau taruhan Kecil 4D;

P.U. (B) 309 3

“kod keselamatan” ertinya apa-apa bentuk kod yang tertera pada resit tiket bagi tujuan kawalan keselamatan;

“kod pengenalan” ertinya suatu kombinasi abjad dan angka nombor kawalan yang unik yang dicetak pada resit tiket atau apa-apa cara pengenalan lain yang ditentukan oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah Akta;

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“mesej pengesahan” ertinya mesej yang dipapar pada skrin paparan atau mana-mana perantaraan lain sistem dalam talian;

“nombor cabutan” ertinya nombor yang ditetapkan oleh pemegang lesen untuk

Cabutan 4D;

“nombor kemenangan” ertinya nombor 4-angka yang dicabut untuk Cabutan 4D yang berkaitan;

“nombor ramalan” ertinya nombor yang dipilih oleh peserta atau ditentukan oleh sistem dalam talian bagi pihak peserta dan dicetak pada resit tiket;

“orang” ertinya mana-mana individu, persatuan, perbadanan, kelab, syarikat atau perkongsian;

“pembawa” ertinya mana-mana orang yang memiliki resit tiket;

“pemegang lesen” ertinya Diriwan Corporation Sendirian Berhad (No. Syarikat 163249-X);

“pemenang” ertinya mana-mana pembawa resit tiket kemenangan;

P.U. (B) 309 4

“Pertaruhan 4D” ertinya pertaruhan yang ditempah dalam permainan 4D;

“pertaruhan biasa” ertinya pertaruhan oleh seorang peserta bagi 4-angka nombor ramalan yang dipilih dalam urutan tepat dari kiri ke kanan, agar satu resit tiket pertaruhan biasa akan memenangi satu hadiah jika 4-angka nombor ramalan adalah sama dengan 4-angka nombor kemenangan yang dicabut dalam urutan yang sama dari kiri ke kanan;

“pertaruhan PAU” ertinya pertaruhan oleh seorang peserta bagi 4-angka nombor ramalan yang dipilih dalam mana-mana susunan, agar satu resit tiket pertaruhan PAU akan memenangi satu hadiah jika 4-angka nombor ramalan tersebut adalah sama dengan 4-angka nombor kemenangan, tanpa mengambil kira susunan nombor yang dipilih dan dicabut;

“peserta” ertinya mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam Pertaruhan 4D dengan membeli resit tiket, termasuk orang yang menuntut hadiah;

“Quick Pick” ertinya nombor ramalan 4-angka yang dipilih secara rawak oleh sistem dalam talian dan resit tiket yang dikeluarkan dengan cara ini hendaklah dipanggil tiket Quick Pick;

“resit tiket” ertinya tiket 4D yang dikeluarkan oleh pemegang lesen dan dibeli oleh peserta;

“Sijil” ertinya dokumen rasmi keputusan cabutan yang merekodkan nombor kemenangan untuk Cabutan 4D tertentu yang disahkan oleh pemegang lesen;

“sistem dalam talian” ertinya sistem berkomputer pemegang lesen bagi mengendalikan Pertaruhan 4D, termasuk peralatan lain yang diluluskan oleh pemegang lesen;

“Skim” ertinya Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan

Pertaruhan SABAH 4D;

P.U. (B) 309 5

“slip taruhan” ertinya slip kertas yang digunakan oleh peserta bagi menyertai

Pertaruhan 4D melalui sistem dalam talian atau sistem lain yang seumpamanya yang dianggap sesuai oleh pemegang lesen;

“taruhan” ertinya jumlah wang yang ingin dipertaruhkan oleh seorang peserta pada pemilihannya;

“taruhan Besar” ertinya Pertaruhan 4D yang layak untuk hadiah besar seperti yang ditetapkan di bawah subperenggan 11(2);

“taruhan Kecil” ertinya Pertaruhan 4D yang layak untuk hadiah kecil seperti yang ditetapkan di bawah subperenggan 11(2);

“tiket kemenangan” ertinya resit tiket yang mengandungi mana-mana nombor ramalan yang sepadan dengan nombor kemenangan; dan

“unit pertaruhan” ertinya amaun yang ditentukan oleh pemegang lesen sebagai pertaruhan minimum bagi setiap nombor ramalan, tidak termasuk cukai kerajaan yang hendaklah ditanggung oleh peserta.

Section 2 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 4D 2011