Malaysia legislation

Section 6

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 4D 2011

Seksyen 6

(1)

Dalam membuat Pertaruhan 4D, peserta hendaklah memilih daripada yang berikut:

(a)

nombor ramalan 4-angka dari 0000 hingga 9999;

(b)

pertaruhan biasa atau pertaruhan PAU atau Quick Pick untuk setiap nombor ramalan 4-angka yang dipilih dalam Pertaruhan 4D;

(c)

nombor cabutan dan tarikh cabutan;

(d)

pertaruhan; dan

(e)

jenis pertaruhan.

(2)

Peserta boleh memilih nombor ramalan 4-angka dan membayar pertaruhannya dalam mana-mana cara yang berikut:

(a)

dengan melengkapkan slip taruhan mengikut arahan yang dinyatakan pada slip taruhan dan mengemukakannya kepada ejen bagi tujuan pemprosesan melalui sistem dalam talian;

P.U. (B) 309 7

(b)

dengan memohon tiket Quick Pick; atau

(c)

dengan mengarahkan ejen secara lisan.

(3)

Untuk pilihan pertaruhan PAU, jenis pertaruhan PAU hendaklah ditentukan oleh nombor ramalan 4-angka yang dipilih oleh peserta iaitu—

(a)

“4-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah tiga yang sama dan satu yang unik; atau

(b)

“6-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah dua pasang angka yang berlainan; atau

(c)

“12-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah satu pasang dan dua yang unik; atau

(d)

“24-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah empat yang unik.

(4)

Resit tiket yang dicetak dengan sah adalah bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan 4D yang berkenaan.

(5)

Slip pertaruhan tidak menjadi bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan 4D.

Resit Tiket

Section 6 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 4D 2011