Malaysia legislation
Section 9
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH 4D 2011
Seksyen 9
(1)
Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan pemilihan yang dicetak pada resit tiket adalah sama dengan nombor ramalan 4-angka yang dipilih.
(2)
Pemegang lesen dianggap tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa perbezaan bagi maksud subperenggan (1) dan boleh bergantung sepenuhnya dengan maklumat yang dicetak pada resit tiket atau direkodkan dalam sistem dalam talian.
(3)
Dalam keadaan butir-butir yang dicetak pada resit tiket berbeza dengan rekod pemegang lesen, butir-butir yang direkodkan pada pita magnetik atau cakera
P.U. (B) 309 9
atau apa-apa kaedah penyimpanan lain oleh pemegang lesen hendaklah diakui dan dianggap sebagai butir-butir yang benar bagi pembayaran hadiah dan tujuan lain.
Cabutan 4D