Skip to content
In forceAs enacted

P.U. (B)

Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah 4D Jackpot 2026

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Skim ini bolehlah dinamakan Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan SABAH 4D Jackpot 2026.

(2)

Skim ini disifatkan telah mula berkuat kuasa pada 25 November 2017.

s 2Tafsiran

Dalam Skim ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“angka” ertinya satu integer bukan negatif bermula dari sifar hingga sembilan;

“angka rolling” ertinya sepuluh angka bermula dari sifar hingga sembilan yang ditetapkan sebagai huruf “R”;

“cascading” ertinya amaun hadiah Jackpot 1 yang lebih daripada jumlah yang ditentukan lebih awal yang akan dipindahkan dan ditambahkan kepada amaun hadiah Jackpot 2 mengikut subsubperenggan 12(1)(f);

“cabutan” ertinya nombor kemenangan yang dipilih secara rawak oleh pemegang lesen daripada peralatan cabutan di bawah Skim ini;

“ejen” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh pemegang lesen, termasuklah mana-mana pekerjanya, untuk menjalankan apa-apa transaksi kewangan yang berhubungan dengan Pertaruhan SABAH 4D Jackpot;

“hadiah” ertinya jumlah yang kena dibayar kepada seorang peserta yang berkaitan dengan resit tiket kemenangan mengikut perenggan 11;

P.U. (B) 344 3

“hadiah terkumpul” ertinya jumlah yang diperoleh daripada suatu peratusan kutipan jualan, jika ada;

“harga” ertinya jumlah pertaruhan yang kena dibayar oleh peserta kepada pemegang lesen atau ejennya, dan termasuk cukai, jika ada;

“jenis taruhan” ertinya pertaruhan biasa, pertaruhan PAU, roll, Quick Pick dan pertaruhan sistem;

“kod keselamatan” ertinya apa-apa bentuk kod yang tertera pada resit tiket bagi maksud kawalan keselamatan;

“kod pengenalan” ertinya suatu kombinasi abjad dan angka nombor kawalan yang unik yang dicetak pada resit tiket atau apa-apa cara pengenalan lain yang ditentukan oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa;

“kutipan jualan” ertinya kutipan terkumpul pertaruhan bagi setiap cabutan tetapi tidak termasuk cukai jualan;

“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 5(1) Akta;

“mesej pengesahan” ertinya mesej pengesahan yang dipapar pada skrin paparan atau mana-mana perantaraan lain sistem komputer berpusat;

“nombor cabutan” ertinya nombor yang ditetapkan oleh pemegang lesen untuk cabutan SABAH 4D Jackpot;

“nombor kemenangan” ertinya nombor empat angka yang dicabut untuk cabutan SABAH 4D Jackpot yang berkaitan;

“nombor ramalan” ertinya nombor empat angka yang dipilih oleh peserta dalam urutan tepat dari kiri ke kanan atau yang ditentukan oleh sistem komputer berpusat bagi pihak peserta dan dicetak pada resit tiket;

P.U. (B) 344 4

“pasangan” ertinya dua nombor ramalan dipilih yang dianggap sebagai satu taruhan yang dikehendaki untuk membuat mana-mana satu pertaruhan biasa;

“pengagihan sama rata” ertinya hadiah keseluruhan bagi kategori itu dibahagikan secara sama rata oleh jumlah tiket kemenangan dalam kategori tersebut;

“pembawa” ertinya mana-mana orang yang memiliki resit tiket;

“pemegang lesen”

ertinya

Diriwan

Corporation

Sendirian

Berhad

(No. Syarikat 163249-X);

“pemenang” ertinya mana-mana pembawa resit tiket kemenangan;

“pertaruhan biasa” ertinya pertaruhan oleh seorang peserta bagi satu pasangan nombor ramalan;

“Pertaruhan SABAH 4D Jackpot” ertinya pertaruhan SABAH 4D Jackpot sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 6;

“pertaruhan PAU” ertinya pertaruhan oleh seorang peserta bagi nombor ramalan yang dipilih dalam mana-mana susunan untuk meliputi semua kemungkinan kombinasi;

“pertaruhan sistem” ertinya pembelian satu atau lebih nombor ramalan dengan cara menggabungkan pelbagai jenis taruhan oleh seseorang peserta;

“peserta” ertinya mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam

Pertaruhan SABAH 4D Jackpot dengan membeli resit tiket, termasuk orang yang menuntut suatu hadiah;

“Quick Pick” ertinya nombor ramalan empat angka yang dipilih secara rawak oleh sistem komputer berpusat dan resit tiket yang dikeluarkan dengan cara ini hendaklah dipanggil tiket Quick Pick;

P.U. (B) 344 5

“resit tiket” ertinya tiket SABAH 4D Jackpot yang dikeluarkan oleh pemegang lesen dan dibeli oleh peserta;

“roll” ertinya suatu pembelian satu nombor ramalan empat angka oleh seseorang peserta yang mengandungi satu angka rolling, dan tiga angka, jika setiap angka dari kosong hingga sembilan yang dipilih oleh peserta;

“SABAH 4D” ertinya skim pertaruhan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan

SABAH 4D 2011 [P.U. (B) 309/2011];

“Sijil” ertinya dokumen rasmi keputusan cabutan yang merekodkan nombor kemenangan untuk cabutan SABAH 4D Jackpot yang tertentu yang disahkan oleh pemegang lesen;

“sistem komputer berpusat” ertinya sistem berkomputer pemegang lesen bagi mengendalikan Pertaruhan SABAH 4D Jackpot, termasuk peralatan lain yang diluluskan oleh pemegang lesen;

“slip taruhan” ertinya slip kertas yang digunakan oleh peserta bagi menyertai

Pertaruhan SABAH 4D Jackpot;

“snowball” ertinya penambahan hadiah terkumpul Jackpot semasa kepada

Jackpot terkumpul hadiah untuk cabutan berikutnya jika tiada pemenang dalam kategori hadiah Jackpot semasa;

“taruhan” ertinya jumlah wang yang ingin dipertaruhkan oleh seseorang peserta pada pemilihannya;

“tiket kemenangan” ertinya resit tiket yang mengandungi mana-mana nombor ramalan yang berpadanan dengan nombor kemenangan; dan

P.U. (B) 344 6

“unit taruhan” ertinya amaun yang ditentukan oleh pemegang lesen sebagai pertaruhan minimum bagi setiap nombor ramalan, tetapi tidak termasuk cukai kerajaan yang hendaklah ditanggung oleh peserta.

s 3Pelaksanaan hak di bawah lesen

Tertakluk kepada Akta, pemegang lesen boleh menjalankan semua kuasa yang diberi kepadanya tertakluk kepada lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 5(1)

Akta dan Skim ini, sebagaimana yang dibenarkan dan diluluskan oleh Menteri dari semasa ke semasa.

(1)

Pemegang lesen boleh menubuhkan premis jualan bagi pengendalian, penganjuran dan pengurusan Pertaruhan SABAH 4D Jackpot di bawah Skim ini.

(2)

Bagi maksud Pertaruhan SABAH 4D Jackpot, pemegang lesen hendaklah mengemukakan bagi kelulusan Menteri, nama dan alamat premis jika transaksi kewangan yang berhubungan dengan Pertaruhan SABAH 4D Jackpot dikendalikan.

(1)

Pemegang lesen hendaklah mengemukakan bagi kelulusan Menteri, nama, alamat dan butiran lain mana-mana orang yang hendak dilantik sebagai ejennya.

(2)

Pemegang lesen boleh mengambil kerja mana-mana orang untuk menguruskan pengendalian harian Pertaruhan SABAH 4D Jackpot, tetapi pengambilan kerja itu tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu penyerahan hak dan tanggungan di bawah lesen itu.

(3)

Tiada seorang pun melainkan ejen atau pekerja yang dirujuk dalam subperenggan (1) dan (2) hendaklah menjalankan, atau selainnya terlibat dalam, pengendalian harian Pertaruhan SABAH 4D Jackpot.

P.U. (B) 344 7

(1)

Dalam membuat Pertaruhan SABAH 4D Jackpot, peserta hendaklah memilih daripada yang berikut:

(a)

pasangan nombor ramalan empat angka, setiap satu bernombor dari 0000 hingga 9999;

(b)

nombor cabutan dan tarikh cabutan;

(c)

pertaruhan; dan

(d)

jenis taruhan.

(2)

Untuk pemilihan jenis taruhan, jenis pertaruhan yang akan ditentukan oleh nombor ramalan yang dipilih oleh peserta daripada yang berikut:

(a)

pertaruhan biasa;

(b)

pertaruhan PAU bagi salah satu atau kedua-dua nombor ramalan;

(c)

Quick Pick bagi salah satu atau kedua-dua nombor ramalan;

(d)

roll bagi salah satu atau kedua-dua nombor ramalan; atau

(e)

gabungan daripada mana-mana dua daripada subsubperenggan (b), (c) atau (d).

(3)

Bagi pemilihan pertaruhan PAU, jenis pertaruhan PAU hendaklah ditentukan oleh nombor ramalan empat angka yang dipilih oleh peserta daripada yang berikut:

(a)

“4-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah tiga angka yang sama dan satu yang unik;

P.U. (B) 344 8

(b)

“6-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah dua pasang angka yang berlainan;

(c)

“12-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah satu pasang dan dua yang unik; atau

(d)

“24-Cara pertaruhan PAU”, jika nombor ramalan dipilih ialah empat angka unik.

(4)

Peserta boleh memilih nombor ramalannya dan membayar pertaruhannya dengan mana-mana cara yang berikut:

(a)

dengan melengkapkan slip taruhan mengikut arahan yang dinyatakan pada slip taruhan dan mengemukakannya kepada ejen untuk diproses; atau

(b)

dengan mengarahkan ejen secara lisan.

(5)

Resit tiket yang dicetak dengan sah hendaklah menjadi bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam cabutan SABAH 4D Jackpot yang berkenaan.

(6)

Slip pertaruhan tidak menjadi bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam cabutan SABAH 4D Jackpot.

(1)

Resit tiket bagi Pertaruhan SABAH 4D Jackpot hendaklah dikeluarkan dan dijual di premis yang ditetapkan dalam lesen sebagaimana yang diluluskan oleh

Menteri dalam subperenggan 4(2).

(2)

Resit tiket Pertaruhan SABAH 4D Jackpot hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:

(a)

nama “SABAH 4D Jackpot”;

P.U. (B) 344 9

(b)

Quick Pick atau pertaruhan PAU atau roll atau pertaruhan sistem

(jika berkenaan);

(c)

nombor ramalan dan taruhan;

(d)

nombor cabutan dan tarikh cabutan;

(e)

harga;

(f)

kod pengenalan dan kod keselamatan; dan

(g)

maklumat lain yang berkaitan (jika ada).

(3)

Pemegang lesen atau ejennya boleh mengeluarkan resit tiket secara manual untuk dijual jika keadaan mewajarkannya.

(4)

Bagi maksud subperenggan (3), pengeluaran sedemikian hendaklah dihadkan kepada premis yang ditetapkan dalam lesen sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dalam subperenggan 4(2).

(1)

Peserta boleh mengambil bahagian dalam Pertaruhan SABAH 4D Jackpot tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh pemegang lesen.

(2)

Pemegang lesen atau ejennya hendaklah mempunyai budi bicara mutlak untuk menolak mana-mana orang daripada menyertai Pertaruhan SABAH 4D Jackpot tanpa perlu memberikan apa jua sebab.

(1)

Peserta hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan pemilihan yang dicetak pada resit tiket adalah sama dengan nombor ramalan yang dipilih.

P.U. (B) 344 10

(2)

Pemegang lesen dianggap tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa perbezaan bagi maksud subperenggan (1) dan boleh bergantung sepenuhnya dengan maklumat yang dicetak pada resit tiket atau direkodkan dalam sistem komputer berpusat.

(3)

Dalam keadaan butir-butir yang dicetak di atas resit tiket berbeza dengan rekod pemegang lesen, butir-butir yang direkodkan pada pita magnetik atau cakera atau apa-apa kaedah penyimpanan lain oleh pemegang lesen hendaklah diakui dan dianggap sebagai butir-butir yang benar bagi tuntutan hadiah dan maksud lain.

(1)

Cabutan SABAH 4D Jackpot hendaklah dijalankan pada tiap-tiap Rabu,

Sabtu dan Ahad, atau pada mana-mana hari yang lain yang ditentukan oleh Menteri, di tempat dan pada masa yang ditetapkan.

(2)

Setiap cabutan hendaklah mempunyai suatu nombor cabutan yang hendaklah dicetak pada resit tiket.

(3)

Pemegang lesen boleh, dengan kelulusan Menteri, membatalkan atau mengubah bilangan cabutan.

(4)

Apabila sesuatu cabutan tidak dapat diadakan pada tarikh yang ditetapkan, cabutan itu hendaklah diadakan apabila keadaan mengizinkan.

(5)

Dalam keadaan pemegang lesen memutuskan untuk tidak menjalankan sesuatu cabutan, semua pertaruhan yang ditempah bagi cabutan tersebut hendaklah dibayar balik kepada peserta dalam tempoh yang munasabah.

(6)

Pembayaran balik hendaklah dibuat apabila peserta mengemukakan resit tiket yang sah kepada pemegang lesen atau ejennya.

P.U. (B) 344 11

(7)

Pemegang lesen hendaklah menggunakan dua puluh tiga nombor kemenangan empat angka yang dicabut dalam permainan SABAH 4D atau menjalankan cabutan secara rawak dua puluh tiga nombor kemenangan empat angka yang dicabut dari 0000 hingga 9999.

(8)

Dalam keadaan nombor yang dicabut tidak membentuk suatu nombor empat angka, ia hendaklah dicabut semula sehingga satu nombor empat angka terbentuk.

(9)

Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan masalah teknikal, pemegang lesen hendaklah menyambung semula proses cabutan apabila keadaan mengizinkan. Dalam hal itu, semua nombor yang dicabut sebelumnya hendaklah diakui sebagai nombor kemenangan bagi semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah khususnya bagi cabutan SABAH 4D Jackpot tersebut.

(10)

Dalam keadaan proses cabutan terganggu disebabkan bencana alam, apa-apa kejadian yang berlaku secara kebetulan, atau force majeure yang mengakibatkan kehilangan rekod, dan oleh sebab penamatan proses cabutan tersebut memerlukan cabutan dimulakan semula, proses cabutan yang terdahulunya hendaklah dibatalkan untuk semua tujuan, termasuk pembayaran hadiah.

(11)

Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kesilapan yang dibuat dalam penerbitan nombor kemenangan dalam apa jua perantara dan tidak bertanggungan dalam apa jua cara terhadap mana-mana orang bagi apa-apa kerugian yang mungkin dialami yang disebabkan oleh kesilapan itu.

(12)

Sijil hendaklah diakui dan dianggap sebagai rekod rasmi tunggal dan adalah muktamad, konklusif dan mengikat semua pihak.

(1)

Hadiah bagi mana-mana cabutan hendaklah diawardkan kepada pemenang mengikut struktur hadiah yang terpakai bagi cabutan berkenaan.

P.U. (B) 344 12

(2)

Hadiah bagi Pertaruhan SABAH 4D Jackpot yang kena dibayar bagi setiap kombinasi kemenangan seunit taruhan, tertakluk kepada semua atau satu gabungan daripada yang berikut:

(a)

hadiah terkumpul;

(b)

pengagihan sama rata;

(c)

snowball; atau

(d)

hadiah tetap.

(3)

Penentuan struktur hadiah bagi SABAH 4D Jackpot adalah seperti yang berikut:

(a)

kelayakan kepada hadiah masing-masing berdasarkan satu unit taruhan satu ringgit (RM1) adalah seperti yang berikut:

Kategori hadiah

Ditentukan dengan pemadanan

Hadiah

(RM)

Bayaran maksimum

Hadiah

Pertama

(Jackpot 1)

Apabila salah satu nombor-nombor ramalan dalam pasangan yang terpilih sepadan dengan mana-mana salah satu daripada tiga hadiah utama SABAH 4D

Dan

Hadiah Jackpot 1

bersamaan dengan satu juta ringgit

(RM1,000,000) dan berserta jumlah snowball Jackpot 1

Jika,

Snowball Jackpot 1

ialah jumlah bersamaan 55%

Tiada had

P.U. (B) 344 13

Kategori hadiah

Ditentukan dengan pemadanan

Hadiah

(RM)

Bayaran maksimum

Nombor ramalan yang satu lagi daripada pasangan yang sama sepadan dengan mana-mana salah satu daripada dua baki hadiah utama SABAH 4D daripada hadiah terkumpul

Dan

Kaedah cascading terpakai

Hadiah

Kedua

(Jackpot 2)

Apabila salah satu nombor-nombor ramalan dalam pasangan yang terpilih sepadan dengan mana-mana salah satu daripada tiga hadiah utama SABAH 4D

Dan

Nombor ramalan yang satu lagi daripada pasangan yang sama sepadan dengan mana-mana salah satu daripada sepuluh hadiah bertuah SABAH 4D

Hadiah Jackpot 2

bersamaan dengan dua puluh lima ribu ringgit (RM25,000)

dan berserta jumlah cascading, jika ada, dan snowball Jackpot 2

Jika,

Snowball Jackpot 2

ialah jumlah bersamaan 10%

daripada hadiah terkumpul

Tiada had

P.U. (B) 344 14

Kategori hadiah

Ditentukan dengan pemadanan

Hadiah

(RM)

Bayaran maksimum

Hadiah

Ketiga

Apabila salah satu nombor-nombor ramalan dalam pasangan yang terpilih sepadan dengan mana-mana salah satu daripada tiga hadiah utama SABAH 4D

Lapan puluh empat ringgit (RM84)

Lima juta ringgit

Jika jumlah keseluruhan pembayaran melebihi lima juta ringgit dalam mana-mana satu cabutan, kaedah wang hadiah yang berkadar kurang terpakai

Hadiah

Keempat

Apabila salah satu nombor-nombor ramalan dalam pasangan yang terpilih sepadan dengan mana-mana salah satu daripada sepuluh hadiah bertuah

Tiga puluh empat ringgit (RM34)

Lima juta ringgit

Jika jumlah keseluruhan pembayaran melebihi lima juta ringgit dalam mana-mana satu cabutan, kaedah wang hadiah yang berkadar kurang terpakai

P.U. (B) 344 15

Kategori hadiah

Ditentukan dengan pemadanan

Hadiah

(RM)

Bayaran maksimum

Hadiah

Kelima

Apabila salah satu nombor-nombor ramalan dalam pasangan yang terpilih sepadan dengan mana-mana salah satu daripada sepuluh hadiah saguhati

Empat belas ringgit

(RM14)

Lima juta ringgit

Jika jumlah keseluruhan pembayaran melebihi lima juta ringgit dalam mana-mana satu cabutan, kaedah wang hadiah yang berkadar kurang terpakai

(b)

kategori hadiah bagi Jackpot 1 dan Jackpot 2 adalah tertakluk kepada hadiah terkumpul, pengagihan sama rata, snowball dan cascading menurut subsubperenggan 12(1)(a), 12(1)(b), 12(1)(c)

dan 12(1)(d) masing-masing.

(4)

Pemegang lesen hendaklah mempunyai budi bicara untuk menambah atau mengurangkan kategori hadiah, bilangan hadiah dan amaun hadiah dari semasa ke semasa tertakluk kepada kelulusan Menteri.

(1)

Hadiah yang ditawarkan bagi kategori hadiah bagi setiap cabutan hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut:

P.U. (B) 344 16

(a)

hadiah terkumpul hendaklah dalam satu amaun yang bersamaan dengan 55% daripada pungutan jualan Pertaruhan SABAH 4D

Jackpot dan pemegang lesen mempunyai kebebasan mutlak untuk mengubah peratusan tersebut tanpa pemberitahuan awal, dan semua keputusan adalah muktamad, konklusif dan mengikat pihak pemenang;

(b)

perkongsian sama rata hendaklah merupakan hadiah yang diperoleh daripada ciri-ciri permainan akan dikongsikan sama rata antara jumlah bilangan kombinasi kemenangan yang dimiliki oleh pemenang kategori hadiah masing-masing dalam keadaan jika terdapat lebih daripada satu kombinasi kemenangan dalam kategori hadiah tersebut, dan amaun hadiah yang kena dibayar di bawah subperenggan 11(3) boleh diubah oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa, jika sesuai, dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat pihak pemenang;

(c)

snowball hendaklah hanya terpakai dalam keadaan jika tiada pemenang dalam kategori hadiah tersebut bagi cabutan semasa, dan wang hadiah tersebut akan dibawa ke hadapan dan ditambah kepada hadiah yang berikutnya daripada kategori hadiah yang sama dalam cabutan yang berikutnya;

(d)

amaun hadiah tetap—

(i)

hendaklah berdasarkan kuantum tetap dan kena dibayar dalam gandaan daripada unit taruhan; dan

(ii)

yang kena dibayar di bawah subperenggan 11(3) boleh diubah oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa, jika sesuai, dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat pihak pemenang;

P.U. (B) 344 17

(e)

kaedah hadiah wang yang berkadar kurang—

(i)

bagi hadiah kategori Ketiga, Keempat dan Kelima, jika jumlah keseluruhan pembayaran untuk mana-mana kategori hadiah dalam satu cabutan jika melebihi lima juta ringgit (RM5,000,000), wang hadiah akan sewajarnya dikurangkan sehingga jumlah keseluruhan pembayaran kurang daripada atau bersamaan lima juta ringgit

(RM5,000,000) dan akan dikongsikan di antara jumlah keseluruhan kombinasi kemenangan yang dipegang oleh pemenang kategori hadiah tersebut; dan

(ii)

berkenaan dengan amaun hadiah yang kena dibayar di bawah subsubsubperenggan 12(1)(e)(i), amaun hadiah itu boleh diubah oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa, jika sesuai, dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat pihak pemenang; dan

(f)

kaedah cascading—

(i)

dalam keadaan jika ada pemenang bagi Jackpot 1 dalam satu cabutan, seluruh Jackpot 1 akan dimenangi dan cascading tidak akan berlaku, atau dalam keadaan jika tiada pemenang bagi Jackpot 2 dalam satu cabutan yang sama, cascading tidak akan berlaku dan Jackpot 1 akan terus snowball;

(ii)

dalam keadaan jika apabila amaun Jackpot 1 telah mencapai takat lapan juta ringgit (RM8,000,000) dan tiada pemenang, dan dalam cabutan yang sama terdapat satu atau lebih pemenang untuk Jackpot 2, jumlah minimum tujuh juta dua ratus ribu ringgit (RM7,200,000) akan dikekalkan dalam hadiah Jackpot 1 dan apa-apa amaun

P.U. (B) 344 18

lebih daripada jumlah ini akan cascade dan ditambah kepada hadiah Jackpot 2; dan

(iii)

tidak menjejaskan kebebasan pemegang lesen untuk mengubah amaun takat dan jumlah minimum dari semasa ke semasa tanpa mana-mana pemberitahuan terdahulu dan semua keputusan yang sama akan menjadi muktamad, konklusif dan mengikat pihak pemenang.

(1)

Tiada hadiah akan dibayar berkenaan dengan mana-mana resit tiket melainkan jika dan sehingga resit tiket kemenangan yang sah diserahkan dan disahkan oleh pemegang lesen atau ejen dengan menggunakan prosedur pengesahan sistem komputer berpusat atau sistem lain yang pemegang lesen anggap sesuai.

(2)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket melainkan jika ia telah ditentukan sebagai suatu tiket kemenangan dan butir-butir pada resit tiket seperti yang dinyatakan dalam subperenggan 7(2) hendaklah sama dalam tiap-tiap segi dengan rekod pemegang lesen, yang telah direkodkan terlebih dahulu dalam pita magnetik atau cakera atau mana-mana kaedah penyimpanan yang lain oleh pemegang lesen sebelum cabutan SABAH 4D Jackpot yang berkenaan.

(3)

Tiada hadiah boleh dibayar bagi mana-mana resit tiket sekiranya apa-apa butir-butir yang dinyatakan dalam subperenggan 7(2) telah diubah atau sukar untuk dibaca, atau sekiranya resit tiket telah hilang, dicuri, tidak dikeluarkan, dicacatkan, koyak, rosak, dipalsukan atau palsu, dibatalkan oleh ejen, tersilap dihasilkan, tidak lengkap, atau diganggu dengan apa jua cara.

(4)

Pemegang lesen hendaklah mempunyai hak untuk memuaskan hatinya akan kesahihan tiap-tiap resit tiket yang diserahkan sebagai suatu tiket kemenangan dengan cara ujian ketulenan dan pengesahan berdasarkan keperluan dan prosedur yang ditentukan dari semasa ke semasa, dan untuk mengisytiharkan suatu resit tiket yang gagal ujian tersebut sebagai tidak sah.

P.U. (B) 344 19

(5)

Jika tiket kemenangan yang sah diserahkan bagi maksud menuntut hadiah, semua hak, hak milik dan kepentingan ke atas resit tiket tersebut dipindahkan kepada pemegang lesen setelah pemenang menerima hadiah daripada pemegang lesen.

(6)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket jika didapati suatu resit tiket lain dengan butir-butir yang sama dalam tiap-tiap perkara dengan resit tiket yang diserahkan bagi penebusan hadiah, yang telah pun dibayar sebelumnya oleh pemegang lesen atau ejen.

(7)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket jika didapati bahawa resit tiket tersebut telah direkodkan sebagai dibatalkan dalam rekod pemegang lesen.

(8)

Maklumat yang terkandung dalam mesej pengesahan dalam mana-mana perantara adalah tidak muktamad bagi kelayakan penuntut untuk menuntut hadiah. Jika berlaku kesilapan pengesahan, amaun hadiah tersebut, jika ada, yang pihak yang menuntut berhak kepadanya, ditentukan oleh nombor yang direkodkan dalam Sijil dan struktur hadiah yang terpakai.

(9)

Pemegang lesen berhak untuk memuaskan hatinya bahawa seseorang yang menuntut hadiah adalah berhak, dan akan kekal berhak ke atas hadiah sebagai pembawa yang sah sesuatu tiket kemenangan.

(10)

Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab untuk menentukan mana-mana hak individu kepada semua atau sebahagian daripada hadiah yang dimenangi bagi resit tiket yang dibeli oleh atau dikeluarkan kepada suatu kumpulan yang mengambil bahagian dalam Pertaruhan SABAH 4D Jackpot.

(11)

Pemegang lesen tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami akibat daripada penyertaannya dalam Pertaruhan SABAH 4D Jackpot sebagai ahli sesuatu kumpulan.

P.U. (B) 344 20

(12)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket kemenangan jika didapati bahawa peserta itu adalah seseorang yang dilarang oleh undang-undang atau apa-apa sekatan lain untuk menyertai Pertaruhan SABAH 4D Jackpot.

(13)

Dalam keadaan amaun sesuatu hadiah yang kena dibayar kepada seseorang pemenang memerlukan suatu perkiraan oleh pemegang lesen, perkiraan amaun tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat pihak pemenang.

(14)

Pemegang lesen boleh, atas budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa semasa proses tuntutan hadiah, menghendaki maklumat peribadi tertentu daripada pemenang jika maklumat berkenaan adalah perlu untuk pentadbiran yang sempurna pemegang lesen dan pemegang lesen tidak bertanggungan bagi kegagalan untuk membayar atau mengawardkan kesemua atau sebahagian daripada hadiah jika ia disebabkan oleh kegagalan pemenang untuk memberikan maklumat yang dikehendaki kepada pemegang lesen atau untuk membenarkan pemegang lesen menzahirkan maklumat berkenaan seperti yang boleh dikehendaki oleh mana-mana kehendak statutori.

(15)

Pembayaran hadiah mengikut cara yang diperuntukkan dalam Skim ini, dan dalam apa-apa polisi dan prosedur yang dirumuskan dan ditadbirkan oleh pemegang lesen akan dibuat tanpa faedah oleh pemegang lesen dalam masa yang munasabah selepas hadiah tersebut dituntut.

s 14Pelepasan penuh tanggungan

Pembayaran wang hadiah yang berkaitan kepada seseorang yang menyerahkan suatu resit kemenangan yang sah oleh pemegang lesen atau ejen hendaklah menjadi pelepasan penuh tanggungan pemegang lesen atau ejen berhubung dengan tiket kemenangan.

s 15Had masa tuntutan

Semua tuntutan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh cabutan

SABAH 4D Jackpot yang berkaitan.

P.U. (B) 344 21

(1)

Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya dan pada bila-bila masa, menolak untuk membayar balik mana-mana resit tiket yang dijual atau menerima mana-mana resit tiket yang dikembalikan untuk ditukarkan dengan resit tiket yang lain.

(2)

Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya dan pada bila-bila masa, menarik kembali atau enggan mengeluarkan, mengedarkan, mengesahkan, menebus, atau sebaliknya menerima semua atau mana-mana bahagian daripada mana-mana resit tiket atau mengisytiharkan mana-mana resit tiket sebagai terbatal.

(3)

Jualan resit tiket kepada dan pembelian resit tiket oleh mana-mana orang hendaklah mengikut subseksyen 20(1) Akta.

(4)

Pemegang lesen tidak bertanggungan bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang akibat daripada operasi sistem komputer berpusat atau kegagalan sistem komputer berpusat untuk beroperasi sewajarnya.

(5)

Mana-mana peserta hendaklah dianggap telah menerima dan hendaklah terikat dengan peruntukan Skim ini.

Dikemukakan kepada Menteri oleh Pengarah Diriwan Corporation Sendirian Berhad pada 10 Oktober 2017.

Tan Sri Dato’ Yap Yong Seong

Pengarah

Diriwan Corporation Sendirian Berhad

Kuala Lumpur

P.U. (B) 344 22