Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah 4D Jackpot 2026 · As enacted
2. Tafsiran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Dalam Skim ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“angka” ertinya satu integer bukan negatif bermula dari sifar hingga sembilan;
“angka rolling” ertinya sepuluh angka bermula dari sifar hingga sembilan yang ditetapkan sebagai huruf “R”;
“cascading” ertinya amaun hadiah Jackpot 1 yang lebih daripada jumlah yang ditentukan lebih awal yang akan dipindahkan dan ditambahkan kepada amaun hadiah Jackpot 2 mengikut subsubperenggan 12(1)(f);
“cabutan” ertinya nombor kemenangan yang dipilih secara rawak oleh pemegang lesen daripada peralatan cabutan di bawah Skim ini;
“ejen” ertinya mana-mana orang yang dilantik oleh pemegang lesen, termasuklah mana-mana pekerjanya, untuk menjalankan apa-apa transaksi kewangan yang berhubungan dengan Pertaruhan SABAH 4D Jackpot;
“hadiah” ertinya jumlah yang kena dibayar kepada seorang peserta yang berkaitan dengan resit tiket kemenangan mengikut perenggan 11;
P.U. (B) 344 3
“hadiah terkumpul” ertinya jumlah yang diperoleh daripada suatu peratusan kutipan jualan, jika ada;
“harga” ertinya jumlah pertaruhan yang kena dibayar oleh peserta kepada pemegang lesen atau ejennya, dan termasuk cukai, jika ada;
“jenis taruhan” ertinya pertaruhan biasa, pertaruhan PAU, roll, Quick Pick dan pertaruhan sistem;
“kod keselamatan” ertinya apa-apa bentuk kod yang tertera pada resit tiket bagi maksud kawalan keselamatan;
“kod pengenalan” ertinya suatu kombinasi abjad dan angka nombor kawalan yang unik yang dicetak pada resit tiket atau apa-apa cara pengenalan lain yang ditentukan oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa;
“kutipan jualan” ertinya kutipan terkumpul pertaruhan bagi setiap cabutan tetapi tidak termasuk cukai jualan;
“lesen” ertinya lesen yang dikeluarkan di bawah subseksyen 5(1) Akta;
“mesej pengesahan” ertinya mesej pengesahan yang dipapar pada skrin paparan atau mana-mana perantaraan lain sistem komputer berpusat;
“nombor cabutan” ertinya nombor yang ditetapkan oleh pemegang lesen untuk cabutan SABAH 4D Jackpot;
“nombor kemenangan” ertinya nombor empat angka yang dicabut untuk cabutan SABAH 4D Jackpot yang berkaitan;
“nombor ramalan” ertinya nombor empat angka yang dipilih oleh peserta dalam urutan tepat dari kiri ke kanan atau yang ditentukan oleh sistem komputer berpusat bagi pihak peserta dan dicetak pada resit tiket;
P.U. (B) 344 4
“pasangan” ertinya dua nombor ramalan dipilih yang dianggap sebagai satu taruhan yang dikehendaki untuk membuat mana-mana satu pertaruhan biasa;
“pengagihan sama rata” ertinya hadiah keseluruhan bagi kategori itu dibahagikan secara sama rata oleh jumlah tiket kemenangan dalam kategori tersebut;
“pembawa” ertinya mana-mana orang yang memiliki resit tiket;
“pemegang lesen”
ertinya
Diriwan
Corporation
Sendirian
Berhad
(No. Syarikat 163249-X);
“pemenang” ertinya mana-mana pembawa resit tiket kemenangan;
“pertaruhan biasa” ertinya pertaruhan oleh seorang peserta bagi satu pasangan nombor ramalan;
“Pertaruhan SABAH 4D Jackpot” ertinya pertaruhan SABAH 4D Jackpot sebagaimana yang diperuntukkan di bawah perenggan 6;
“pertaruhan PAU” ertinya pertaruhan oleh seorang peserta bagi nombor ramalan yang dipilih dalam mana-mana susunan untuk meliputi semua kemungkinan kombinasi;
“pertaruhan sistem” ertinya pembelian satu atau lebih nombor ramalan dengan cara menggabungkan pelbagai jenis taruhan oleh seseorang peserta;
“peserta” ertinya mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam
Pertaruhan SABAH 4D Jackpot dengan membeli resit tiket, termasuk orang yang menuntut suatu hadiah;
“Quick Pick” ertinya nombor ramalan empat angka yang dipilih secara rawak oleh sistem komputer berpusat dan resit tiket yang dikeluarkan dengan cara ini hendaklah dipanggil tiket Quick Pick;
P.U. (B) 344 5
“resit tiket” ertinya tiket SABAH 4D Jackpot yang dikeluarkan oleh pemegang lesen dan dibeli oleh peserta;
“roll” ertinya suatu pembelian satu nombor ramalan empat angka oleh seseorang peserta yang mengandungi satu angka rolling, dan tiga angka, jika setiap angka dari kosong hingga sembilan yang dipilih oleh peserta;
“SABAH 4D” ertinya skim pertaruhan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan
SABAH 4D 2011 [P.U. (B) 309/2011];
“Sijil” ertinya dokumen rasmi keputusan cabutan yang merekodkan nombor kemenangan untuk cabutan SABAH 4D Jackpot yang tertentu yang disahkan oleh pemegang lesen;
“sistem komputer berpusat” ertinya sistem berkomputer pemegang lesen bagi mengendalikan Pertaruhan SABAH 4D Jackpot, termasuk peralatan lain yang diluluskan oleh pemegang lesen;
“slip taruhan” ertinya slip kertas yang digunakan oleh peserta bagi menyertai
Pertaruhan SABAH 4D Jackpot;
“snowball” ertinya penambahan hadiah terkumpul Jackpot semasa kepada
Jackpot terkumpul hadiah untuk cabutan berikutnya jika tiada pemenang dalam kategori hadiah Jackpot semasa;
“taruhan” ertinya jumlah wang yang ingin dipertaruhkan oleh seseorang peserta pada pemilihannya;
“tiket kemenangan” ertinya resit tiket yang mengandungi mana-mana nombor ramalan yang berpadanan dengan nombor kemenangan; dan
P.U. (B) 344 6
“unit taruhan” ertinya amaun yang ditentukan oleh pemegang lesen sebagai pertaruhan minimum bagi setiap nombor ramalan, tetapi tidak termasuk cukai kerajaan yang hendaklah ditanggung oleh peserta.