Skip to content
In forceAs enacted

13. Pembayaran wang hadiah

(1)

Tiada hadiah akan dibayar berkenaan dengan mana-mana resit tiket melainkan jika dan sehingga resit tiket kemenangan yang sah diserahkan dan disahkan oleh pemegang lesen atau ejen dengan menggunakan prosedur pengesahan sistem komputer berpusat atau sistem lain yang pemegang lesen anggap sesuai.

(2)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket melainkan jika ia telah ditentukan sebagai suatu tiket kemenangan dan butir-butir pada resit tiket seperti yang dinyatakan dalam subperenggan 7(2) hendaklah sama dalam tiap-tiap segi dengan rekod pemegang lesen, yang telah direkodkan terlebih dahulu dalam pita magnetik atau cakera atau mana-mana kaedah penyimpanan yang lain oleh pemegang lesen sebelum cabutan SABAH 4D Jackpot yang berkenaan.

(3)

Tiada hadiah boleh dibayar bagi mana-mana resit tiket sekiranya apa-apa butir-butir yang dinyatakan dalam subperenggan 7(2) telah diubah atau sukar untuk dibaca, atau sekiranya resit tiket telah hilang, dicuri, tidak dikeluarkan, dicacatkan, koyak, rosak, dipalsukan atau palsu, dibatalkan oleh ejen, tersilap dihasilkan, tidak lengkap, atau diganggu dengan apa jua cara.

(4)

Pemegang lesen hendaklah mempunyai hak untuk memuaskan hatinya akan kesahihan tiap-tiap resit tiket yang diserahkan sebagai suatu tiket kemenangan dengan cara ujian ketulenan dan pengesahan berdasarkan keperluan dan prosedur yang ditentukan dari semasa ke semasa, dan untuk mengisytiharkan suatu resit tiket yang gagal ujian tersebut sebagai tidak sah.

P.U. (B) 344 19

(5)

Jika tiket kemenangan yang sah diserahkan bagi maksud menuntut hadiah, semua hak, hak milik dan kepentingan ke atas resit tiket tersebut dipindahkan kepada pemegang lesen setelah pemenang menerima hadiah daripada pemegang lesen.

(6)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket jika didapati suatu resit tiket lain dengan butir-butir yang sama dalam tiap-tiap perkara dengan resit tiket yang diserahkan bagi penebusan hadiah, yang telah pun dibayar sebelumnya oleh pemegang lesen atau ejen.

(7)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket jika didapati bahawa resit tiket tersebut telah direkodkan sebagai dibatalkan dalam rekod pemegang lesen.

(8)

Maklumat yang terkandung dalam mesej pengesahan dalam mana-mana perantara adalah tidak muktamad bagi kelayakan penuntut untuk menuntut hadiah. Jika berlaku kesilapan pengesahan, amaun hadiah tersebut, jika ada, yang pihak yang menuntut berhak kepadanya, ditentukan oleh nombor yang direkodkan dalam Sijil dan struktur hadiah yang terpakai.

(9)

Pemegang lesen berhak untuk memuaskan hatinya bahawa seseorang yang menuntut hadiah adalah berhak, dan akan kekal berhak ke atas hadiah sebagai pembawa yang sah sesuatu tiket kemenangan.

(10)

Pemegang lesen adalah tidak bertanggungjawab untuk menentukan mana-mana hak individu kepada semua atau sebahagian daripada hadiah yang dimenangi bagi resit tiket yang dibeli oleh atau dikeluarkan kepada suatu kumpulan yang mengambil bahagian dalam Pertaruhan SABAH 4D Jackpot.

(11)

Pemegang lesen tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara kepada mana-mana orang bagi apa-apa kerugian atau kehilangan yang mungkin dialami akibat daripada penyertaannya dalam Pertaruhan SABAH 4D Jackpot sebagai ahli sesuatu kumpulan.

P.U. (B) 344 20

(12)

Tiada hadiah akan dibayar bagi mana-mana resit tiket kemenangan jika didapati bahawa peserta itu adalah seseorang yang dilarang oleh undang-undang atau apa-apa sekatan lain untuk menyertai Pertaruhan SABAH 4D Jackpot.

(13)

Dalam keadaan amaun sesuatu hadiah yang kena dibayar kepada seseorang pemenang memerlukan suatu perkiraan oleh pemegang lesen, perkiraan amaun tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat pihak pemenang.

(14)

Pemegang lesen boleh, atas budi bicara mutlaknya dan pada bila-bila masa semasa proses tuntutan hadiah, menghendaki maklumat peribadi tertentu daripada pemenang jika maklumat berkenaan adalah perlu untuk pentadbiran yang sempurna pemegang lesen dan pemegang lesen tidak bertanggungan bagi kegagalan untuk membayar atau mengawardkan kesemua atau sebahagian daripada hadiah jika ia disebabkan oleh kegagalan pemenang untuk memberikan maklumat yang dikehendaki kepada pemegang lesen atau untuk membenarkan pemegang lesen menzahirkan maklumat berkenaan seperti yang boleh dikehendaki oleh mana-mana kehendak statutori.

(15)

Pembayaran hadiah mengikut cara yang diperuntukkan dalam Skim ini, dan dalam apa-apa polisi dan prosedur yang dirumuskan dan ditadbirkan oleh pemegang lesen akan dibuat tanpa faedah oleh pemegang lesen dalam masa yang munasabah selepas hadiah tersebut dituntut.

Report