Malaysia legislation
Section 12
of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH LOTTO 2011
Seksyen 12
Hadiah yang ditawarkan bagi kategori hadiah bagi setiap cabutan mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan kepadanya.
; dan
(a)
Pool hadiah―
(i)
Pool hadiah adalah satu amaun yang bersamaan dengan lima puluh lima peratus daripada pungutan jualan permainan masing-masing. Walau apa pun pemegang lesen mempunyai kebebasan mutlak untuk mengubah peratusan tersebut tanpa pemberitahuan awal dan semua keputusan adalah muktamad, konklusif dan mengikat pihak.
(ii)
Bagi mengelakkan keraguan, setiap Permainan LOTTO hendaklah ditetapkan satu pool hadiah yang berasingan dan pool hadiah tersebut hendaklah diperuntukkan hanya untuk Permainan LOTTO yang berkenaan di mana pool tersebut diperoleh.
(b)
Pengagihan sama rata―
(i)
Pengagihan sama rata bermaksud hadiah yang diperoleh daripada ciri-ciri permainan akan diagihkan sama rata antara jumlah bilangan kombinasi kemenangan yang dimiliki oleh pemenang kategori hadiah masing-masing dalam keadaan di mana terdapat lebih daripada satu kombinasi kemenangan dalam kategori hadiah tersebut.
(ii)
Amaun hadiah yang dibayar di bawah subperenggan 11(3) hingga 11(8) boleh diubah oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa di mana bersesuaian, dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas pemenang.
(c)
Snowballing akan hanya terpakai dalam keadaan di mana tiada pemenang dalam kategori hadiah tersebut bagi cabutan semasa, dan wang hadiah yang diagihkan tersebut akan dibawa ke hadapan dan ditambah kepada ke hadiah yang diagihkan yang berikutnya daripada kategori hadiah yang sama dalam cabutan yang berikutnya.
P.U. (B) 308 22
(d)
Amaun jaminan minimum―
(i)
Amaun jaminan minimum ialah amaun minimum daripada wang hadiah yang dijamin oleh pemegang lesen bagi sesuatu kategori hadiah. Jika peruntukan hadiah daripada kategori hadiah tersebut adalah kurang daripada amaun jaminan minimum bagi sesuatu cabutan, maka pemegang lesen hendaklah hanya membayar amaun jaminan minimum tertakluk kepada pengagihan sama rata.
(ii)
Walau apa pun subperenggan 12(d)(i), pemegang lesen hendaklah mempunyai budi bicara mutlak untuk menentukan amaun jaminan minimum bagi kategori hadiah masing-masing, dengan syarat pemegang lesen hendaklah mempunyai kebebasan untuk mengubah amaun tersebut dari semasa ke semasa tanpa apa-apa pemberitahuan awal dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas pemenang.
(e)
Hadiah tetap―
(i)
Amaun hadiah hendaklah berdasarkan pada kuantum tetap dan dibayar dalam gandaan daripada taruhan unit.
(ii)
Amaun hadiah tetap yang dibayar di bawah perenggan 11(3)
hingga 11(8) boleh diubah oleh pemegang lesen dari semasa ke semasa di mana bersesuaian, dan semua keputusan tersebut adalah muktamad, konklusif dan mengikat ke atas pemenang.
(iii)
Pemegang lesen hendaklah mempunyai budi bicara untuk menambah atau mengurangkan kategori hadiah dari semasa ke semasa, di mana bersesuaian.
P.U. (B) 308 23
Pembayaran wang hadiah