Skip to content

Seksyen 17

Syarat am

of Skim bagi Pengendalian, Penganjuran dan Pengurusan Pertaruhan Sabah Lotto 2011

P.U. (B)In forceProvision 17 of 17
Seksyen 17

(1)

Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya dan pada bila-bila masa, menolak untuk membayar balik mana-mana resit tiket yang dijual atau menerima mana-mana resit tiket yang dikembalikan untuk ditukar kepada resit tiket yang lain.

(2)

Pemegang lesen boleh, menurut budi bicaranya dan pada bila-bila masa, menarik kembali atau enggan mengeluarkan, mengedarkan, mengesahkan, menebus atau sebaliknya menerima semua atau mana-mana bahagian daripada mana-mana resit tiket atau mengisytiharkan mana-mana resit tiket sebagai terbatal.

(3)

Jualan resit tiket kepada dan pembelian resit tiket oleh mana-mana orang hendaklah mengikut subseksyen 20(1) Akta.

(4)

Pemegang lesen tidak bertanggungan ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang dialami oleh mana-mana orang akibat daripada operasi sistem dalam talian atau kegagalan sistem dalam talian untuk beroperasi sewajarnya atau sama sekali.

(5)

Mana-mana orang yang mengambil bahagian dalam SABAH LOTTO hendaklah dianggap telah menerima dan hendaklah terikat dengan peruntukan Skim ini.

Dikemukakan kepada Menteri Kewangan oleh Pengarah Diriwan Corporation Sendirian

Berhad pada 2 Julai 2001.

P.U. (B) 308 27

Tan Sri Dato’ Yap Yong Seong

Pengarah

Diriwan Corporation

Sendirian Berhad Kuala Lumpur