Malaysia legislation

Section 6

of SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH LOTTO 2011

Seksyen 6

(1)

Dalam membuat Pertaruhan LOTTO, peserta hendaklah memilih daripada yang berikut:

(a)

nombor ramalan mengikut peruntukan subperenggan 10(5)

hingga 10(10);

(b)

pertaruhan biasa atau Quick Pick untuk setiap nombor ramalan yang dipilih dalam Permainan LOTTO;

(c)

nombor cabutan dan tarikh cabutan; atau

(d)

pertaruhan.

P.U. (B) 308 7

(2)

Peserta boleh memilih nombor ramalan dan membayar pertaruhannya dalam mana-mana cara yang berikut:

(a)

dengan melengkapkan slip taruhan mengikut arahan yang dinyatakan pada slip taruhan dan mengemukakannya kepada ejen bagi tujuan pemprosesan melalui sistem dalam talian;

(b)

dengan memohon tiket Quick Pick; atau

(c)

dengan mengarahkan ejen secara lisan.

(3)

Resit tiket yang dicetak dengan sah adalah bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan LOTTO yang berkenaan.

(4)

Slip pertaruhan tidak menjadi bukti pembelian yang sah dan penyertaan dalam Cabutan LOTTO.

(5)

Dalam satu pertaruhan biasa LOTTO 6/49, peserta hendaklah membuat pemilihannya ke atas enam nombor ramalan daripada satu set empat puluh sembilan nombor yang unik.

(6)

Dalam satu pertaruhan biasa LOTTO 6/45, peserta hendaklah membuat pemilihannya ke atas enam nombor ramalan daripada satu set empat puluh lima nombor yang unik.

(7)

Dalam satu pertaruhan biasa LOTTO 6/42, peserta hendaklah membuat pemilihannya ke atas nombor ramalan yang terdiri daripada lima Nombor Utama daripada satu set empat puluh dua nombor yang unik dan satu Nombor Bonus daripada satu set empat puluh dua nombor yang unik yang lain.

(8)

Dalam satu pertaruhan biasa LOTTO 7, peserta hendaklah membuat pemilihannya ke atas nombor ramalan yang terdiri daripada enam Nombor Utama dan satu Nombor Bonus. Setiap daripada enam Nombor Utama hendaklah masing-masing

P.U. (B) 308 8

dipilih daripada enam set sepuluh nombor yang unik dalam setiap set, manakala

Nombor Bonus hendaklah dipilih daripada satu set dua puluh enam nombor yang unik.

(9)

Dalam satu pertaruhan biasa LOTTO 6, peserta hendaklah membuat pemilihannya ke atas nombor ramalan yang terdiri daripada lima Nombor Utama dan satu Nombor Bonus. Setiap daripada lima Nombor Utama hendaklah masing-masing dipilih daripada lima set sepuluh nombor yang unik dalam setiap set, manakala Nombor

Bonus hendaklah dipilih daripada satu set dua puluh enam nombor yang unik.

(10)

Dalam satu pertaruhan biasa LOTTO 5, peserta hendaklah membuat pemilihannya ke atas nombor ramalan yang terdiri daripada empat Nombor Utama dan satu Nombor Bonus. Setiap daripada empat Nombor Utama hendaklah masing-masing dipilih daripada empat set sepuluh nombor yang unik dalam setiap set, manakala

Nombor Bonus hendaklah dipilih daripada satu set dua puluh enam nombor yang unik.

Resit tiket

Section 6 — SKIM BAGI PENGENDALIAN, PENGANJURAN DAN PENGURUSAN PERTARUHAN SABAH LOTTO 2011