Skip to content

Seksyen 36

Penggeledahan

of Undang–Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Daerah Hulu Terengganu) 2013

State Subsidiary LegislationIn forceProvision 36 of 49
Seksyen 36
(1)

Jika mana-mana Majistret, atas maklumat bertulis dan selepas siasatan yang difikirkannya perlu, mempunyai sebab untuk percaya bahawa –

(a)

suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau premis berlesen; atau

(b)

apa-apa keterangan atau benda yang perlu untuk penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini boleh ditemui di premis tersebut, dia boleh melalui waran, membenarkan Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor yang dinamakan dalam waran itu, dengan atau tanpa apa-apa bantuan yang diperlukan untuk masuk dan menggeledah tempat itu.

(2)

Walau apapun perenggan (1), jika Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada

Inspektor ada alasan yang munasabah untuk percaya bahawa –

(a)

suatu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil ini telah atau sedang dilakukan di mana-mana premis atau premis berlesen; dan

(b)

oleh sebab apa-apa kelengahan untuk mendapatkan waran geledah tujuan penggeledahan itu mungkin akan terkecewa, maka Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh dengan atau tanpa apa-apa bantuan memasuki tempat itu dan menggeledah tempat itu dan memeriksa mana-mana orang yang semunasabahnya dipercayai olehnya mempunyai kaitan dalam pengurusan mana-mana premis tersebut.