Seksyen 40
Perlucuthakan jika ada pendakwaan
Jika ada pendakwaan yang melibatkan apa-apa barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda yang disita di bawah Undang-Undang Kecil ini, perlucuthakan atau pelepasan apa-apa barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda hanya boleh dibuat atas perintah Mahkamah yang dihadapannya pendakwaan telah diputuskan.
(2)
Walau apa pun perenggan (1), jika dibuktikan sehingga Mahkamah berpuas hati bahawa –
(a)
suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Undang-Undang
Kecil ini telah dilakukan; dan
(b)
apa-apa barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda ialah hal perkara bagi atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu,
Mahkamah hendaklah melucuthakkan barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda itu walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.
(3)
Semua barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda yang dilucuthakan di bawah Undang-Undang Kecil ini hendaklah diserahkan kepada
Yang Dipertua dan hendaklah dilupuskan mengikut arahan Yang Dipertua.