Seksyen 38
Penyitaan
(2)
Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita apa-apa barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda di premis atau premis berlesen hendaklah menyediakan suatu senarai barang, buku, rekod, akaun, tiket, dokumen atau benda yang disita dan dengan segera menyerahkan sesalinan yang ditandatangani olehnya kepada pemegang lesen, penghuni atau tuan punya premis itu, atau pengkhidmat atau ejennya, yang berada di premis itu.
(3)
Jika premis itu tidak berpenghuni, Pihak Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor yang menyita di bawah perenggan (2) itu hendaklah bilamana mungkin menampalkan senarai benda yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis itu.
(4)
Apa-apa benda yang disita di bawah undang-undang kecil ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Undang-Undang
Kecil ini.
(5)
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, tidaklah praktik untuk memindahkan apa-apa benda yang disita di bawah undang-undang kecil ini, Pihak
Berkuasa Melesen, mana-mana pegawai yang diberikuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor yang menyita di bawah perengganu (2)
hendaklah dengan apa-apa cara menyelak benda itu dalam premis yang di dalamnya ia dijumpai.
(6)
Mana-mana orang yang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam perenggan (5) atau memindahkan apa-apa benda yang dilak atau cuba berbuat demikian adalah melakukan satu kesalahan.
1484
[19hb Dis. 2013