Skip to content
ActIn force

Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1952
Sections
12
Languages
EN · MS

Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 is Malaysia Act, cited as Act 236 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 236

AKTA RESIT DEPOSIT

PERBENDAHARAAN 1952

Sebagaimana pada 1 Januari 2013

Pertama kali dibuat

… … … … … 1952 (Ordinan P.T.M.

No. 66 Tahun 1952)

Disemak

… … … … … …

1980 (Akta 236 m.b.k.

17 Julai 1980)

SEMAKAN YANG TERDAHULU

Semakan Yang Pertama

…

…

…

1980

3

Akta 236

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk memberi kuasa kepada Menteri Kewangan untuk menerima wang secara deposit bagi tempoh tetap dan untuk membayar faedah ke atasnya dan bagi maksud yang berkaitan dengannya. [24 November 1952] Tajuk ringkas

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“deposit perbendaharaan” ertinya apa-apa wang yang didepositkan menurut seksyen 3;

“resit deposit perbendaharaan” ertinya resit yang diberi menurut seksyen 5.

Deposit perbendaharaan

(1)

Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa untuk menerima bagi pihak Perbendaharaan Persekutuan pada bila-bila masa dan amaun maksimun setakat yang dia boleh tetapkan dari semasa ke semasa deposit daripada mana-mana orang sejumlah lima puluh ribu ringgit atau angka kandungan lima puluh ribu ringgit:

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 236

Dengan syarat bahawa jumlah amaun wang yang diterima sedemikian dan tidak dibayar balik secara deposit pada suatu masa hendaklah tidak lebih daripada *dua ratus juta ringgit, atau suatu jumlah selanjutnya sebagaimana dibenarkan dengan ketetapan oleh

Dewan Rakyat.

(2)

Jumlah yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah digunakan, dan adalah dengan ini diperuntukan, bagi maksud berikut:

(a)

membayar baik wang yang diterima di bawah Akta ini, setakat mana yang ditentukan oleh Menteri Kewangan;

(b)

membayar, dengan kelulusan Dewan Rakyat terlebih dahulu yang dinyatakan dengan ketetapan, ke dalam Kumpulan

Wang Pembangunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua

Akta Prosedur Kewangan 1957 [Akta 61], bagi maksud

Kumpulan Wang itu.

Tempoh deposit perbendaharaan

Seseorang yang membuat deposit di bawah seksyen 3 hendaklah sesudah itu mengisytiharkan tempoh yang berkenaan dengannya deposit itu dibuat, dan tempoh itu hendaklah sama ada dua, tiga, empat atau lima tahun dari tarikh membuat deposit itu; dan pada akhir tempoh itu wang yang didepositkan sedemikian hendaklah dibayar balik mengikut cara yang diperuntukan kemudian daripada ini.

Resit deposit perbendaharaan

Menteri Kewangan hendaklah memberi resit mengikut bentuk dalam Jadual bagi tiap-tiap deposit perbendaharaan.

*Sebagaimana dibenarkan oleh Majlis Perundangan melalui ketetapan pada 12 September 1956—Lihat Hansard tahun 1956 muka surat 1529.

Resit Deposit Perbendaharaan 7

Pemindahan resit deposit perbendaharaan

Resit deposit perbendaharaan boleh dipindahkan secara pengendorsan dan serahan.

Faedah

(1)

Faedah hendaklah dibayar ke atas semua deposit perbendaharaan menurut seksyen ini.

(2)

Menteri Kewangan hendaklah dari semasa ke semasa melalui perintah yang diberitahu dalam Warta menetapkan kadar faedah yang akan dibayar bagi setahun ke atas deposit perbendaharaan yang berlainan jangka masa.

(3)

Kadar faedah yang akan dibayar ke atas mana-mana deposit perbendaharaan hendaklah kadar yang berkuat kuasa pada tarikh membuat deposit itu.

(4)

Faedah ke atas semua deposit perbendaharaan hendaklah kena dibayar setiap tahun pada hari ulang tahun tarikh membuat deposit itu hendaklah dibayar kepada pemegang resit deposit perbendaharaan berkaitan dengan deposit itu di Perbendaharaan Persekutuan apabila resit deposit perbendaharaan tersebut dikemukakan kepada Menteri

Kewangan, yang hendaklah mengendorskan butir-butir tentang tarikh dan amaun faedah yang dibayar sedemikian di belakang resit deposit perbendaharaan tersebut; dan endorsemen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa faedah yang dinyatakan dalam endorsemen itu telah dibayar.

(5)

Tiada apa jua faedah boleh dibayar atau atau kena dibayar ke atas mana-mana deposit perbendaharaan selepas tamat tempoh bagi mana deposit itu telah dibuat.

Pembayaran balik deposit perbendaharaan

(1)

Sesuatu deposit perbendaharaan hendaklah dibayar balik apabila cukup tempohnya kepada pemengang resit deposit perbendaharaan berkaitan dengan deposit itu apabila dia

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 236

menyerahkan resit deposit perbendaharaan tersebut kepada Menteri

Kewangan.

(2)

Tiada apa jua deposit perbendaharaan boleh dibayar balik kecuali apabila diserah resit deposit perbendaharaan berkenaan dengan deposit itu kepada Menteri Kewangan untuk dibatalkan olehnya.

Deposit perbendaharaan dan faedah adalah suatu tanggungan ke atas Kumpulan Wang Disatukan

Wang berupa sebagai resit deposit perbendaharaan dan faedah ke atasnya adalah dengan ini dipertanggungkan ke atas dan hendaklah kena dibayar dari Kumpulan Wang Disatukan.

Resit Deposit perbendaharaan adalah bebas daripada duti setem

Tiada apa jua duti setem boleh dilevi atau kena dibayar ke atas sesuatu resit deposit perbendaharaan atau ke atas pemindahan resit deposit perbendaharaan itu.

Perwakilan kuasa dan tugasnya oleh Menteri Kewangan

Menteri Kewangan boleh mewakilkan mana-mana atau semua kuasa atau tugas yang diberi kepadanya oleh Akta ini kepada

Akauntan Negara melalui pemberitahuan dalam Warta.

Kesalahan.

Seseorang yang memalsukan atau mengubah mana-mana resit deposit perbendaharaan atau mana-mana perkataan, nombor atau tanda, lambing, tandatangan atau faksimili ke atas atau yang terkepil kepada mana-mana resit deposit perbendaharaan dengan disedarinya yang resit deposit perbendaharaan, atau yang menawarkan atau mengedarkan atau melupuskan mana-mana resit deposit perbendaharaan dengan disedarinya yang resit deposit perbendaharaan itu dipalsukan atau diubah, apabila disabit, boleh

Resit Deposit Perbendaharaan 9

dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima belas tahun.

________________________________

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 236

JADUAL

(Seksyen 5)

RESIT DEPOSIT PERBENDAHARAAN

Menteri Kewangan adalah dengan ini mengaku menerima deposit dalam

Perbendaharaan Persekutuan sebanyak RM…………………….………………

(dengan perkataan…………………………………………………………..) oleh

………………………….dari………………….…………….………………….

Bagi tempoh……………………………..tahun dengan…………………….........

peratus faedah setahun.

Bertarikh pada………………haribulan…………………19………….

………………………...

(Tandatangan)

Menteri Kewangan

______________

11

Akta 236

SENARAI PINDAAN

Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari

L.N. 46/1955

Ketetapan Majlis Perundangan

19-01-1958

Perintah Menteri Kewangan 1956 05-04-1956

Ord. 66/1957

Ordinan Resit Deposit Perbendaharaan 19-12-1957

(Pindaan) 1957

L.N. 332/1958 Ordinan Perlembagaan Persekutuan 13-11-1958

(Pengubahsuaian Undang-Undang)

(Ordinan dan Perisytiharan) 1958

Akta 3/1959

Akta Resit Deposit Perbendaharaan 31-12-1959

(Pindaan) 1959

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia 29-08-1975

(Ringgit) 1975

___________________

12

Akta 236

SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari 3

L.N. 46/1955

Ord. 66/1957

Act 23/1961

L.N. 332/1958

Act 3/1959

Act 160

15-01-1955 02-04-1956 19-12-1957 01-01-1958 13-11-1958 31-12-1959 29-08-1975

4

7

8

11

Akta 3/1959

L.N. 332/1958

31-12-1959 02-04-1956

13-11-1958 02-04-1956

02-04-1956

02-04-1956

___________________

Common questions

What is Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952?
Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 is Malaysia Act, cited as Act 236 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
Is Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 still in force?
Yes — Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 is currently in force.
When did Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 take effect?
Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 was first recorded in 1952.
How many sections does Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 have?
Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 contains 12 sections.
Where can I read the official version of Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952?
The official text of Akta Resit Deposit Perbendaharaan 1952 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.