Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengakusaksian Surat
Cara-Surat Cara Boleh Daftar (Perlombongan) 1960.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Pengakusaksian Suratcara-Suratcara Boleh Daftar (Perlombongan) 1960 is Malaysia Act, cited as Act 387 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.
MALAYSIA
VERSI DALAM TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 387
AKTA PENGAKUSAKSIAN SURAT
CARA-SURAT CARA BOLEH
DAFTAR (PERLOMBONGAN) 1960
Sebagaimana pada 1 Oktober 2013
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi
Attestation of Registrable Instruments (Mining) Act 1960. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa
Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Pertama kali diperbuat
... ... ... ... 1960 (Akta No. 1 tahun 1960)
Disemak
... ... ... ... 1989 (Akta 387 m.b.p 19 Oktober 1989)
3
Akta 387
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengakusaksian Surat
Cara-Surat Cara Boleh Daftar (Perlombongan) 1960.
Tafsiran
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
*CATATAN—Semua rujukan kepada “Negeri-Negeri Malaysia Barat” hendaklah disifatkan sebagai rujukan kepada “Semenanjung Malaysia”–lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta
A996], subseksyen 5(2)]
6
Undang-Undang Malaysia
“Pentadbir Tanah” mempunyai erti yang sama yang ditakrifkan dalam Kanun Tanah Negara [Akta 56 tahun 1965];
“pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan” mempunyai erti yang sama seperti “Pendaftar” sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun
Tanah Negara;
“undang-undang perlombongan” ertinya, berhubungan dengan
Negeri-Negeri yang disebut dalam ruang satu Bahagian II Jadual
Kedua, undang-undang bertulis yang terdapat di bahagian bersamaan dalam ruang dua Bahagian tersebut.
Pengakusaksian tandatangan
Tiap-tiap tandatangan pada suatu surat cara yang diserahkan bagi pendaftaran di bawah undang-undang perlombongan, selain daripada suatu surat cara yang ditandatangani oleh suatu pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan atau seorang Pentadbir Tanah atau dikeluarkan oleh Mahkamah, hendaklah diakusaksikan oleh seorang daripada orang yang berikut mengikut cara yang ditetapkan dalam seksyen 4−
apabila ditandatangai dalam Negeri-Negeri Malaysia, oleh−
Majistret;
Pihak berkuasa pendaftaran yang berkenaan;
Pentadbir Tanah;
peguam bela dan peguam cara;
notari awam;
apabila ditandatangani dalam Republik Singapura, oleh−
Majistret;
Pemungut Hasil Tanah;
Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 7
Boleh Daftar (Perlombongan)
peguam bela dan peguam cara Mahkamah Agung notari awam;
apabila ditandatangani dalam Republik India, oleh−
Pendaftar Mahkamah Tinggi;
Majistret Daerah, Majistret Presidensi, atau Majistret
Kelas Satu atau Dua;
notari awam yang mempunyai meterai rasmi;
Pesuruhjaya Tinggi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi,
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi atau mana-mana Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia;
apabila ditandatangani dalam Republik Pakistan, oleh−
Pendaftar Mahkamah Tinggi;
Hakim Daerah;
Majistret Kelas Satu;
notari awam yang mempunyai meterai rasmi;
Pesuruhjaya
Tinggi,
Pemangku
Pesuruhjaya
Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, atau mana-mana
Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia;
apabila ditandatangani dalam Republik Sri Langka, oleh−
Pendaftar Mahkamah Tinggi;
Majistret;
notari awam yang mempunyai meterai rasmi;
Pesuruhjaya
Tinggi,
Pemangku
Pesuruhjaya
Tinggi, Timbalan Pesuruhjaya Tinggi, atau mana-mana
Setiausaha atau Atase Suruhanjaya Tinggi Malaysia;
8
Undang-Undang Malaysia
apabila ditandatangani dalam Negeri Sabah, oleh−
Majistret;
Pemungut atau Penolong Pemungut Hasil Tanah;
apabila ditandatangani alam Negeri Sarawak, oleh−
Majistret;
Pengarah Tanah dan Ukur;
Penguasa Tanah dan Ukur;
apabila ditandatangani dalam mana-mana negeri
Komenwel selain mana-mana negeri yang disebut dalam perenggan (b) hingga (h) subseksyen ini, oleh Pesuruhjaya
Tinggi Malaysia, oleh notari awam atau oleh mana-mana orang atau kelas atau perihalan orang yang diluluskan bagi maksud itu oleh Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat;
apabila ditandatangani di mana-mana tempat lain, oleh seorang pegawai diplomat Malaysia, atau mana-mana orang atau kelas atau perihalan orang yang diluluskan bagi maksud itu oleh Raja dalam Mesyuarat atau Yang di-Pertua Negeri dalam Mesyuarat.
Walau apa pun subseksyen (1) seksyen ini, apa-apa surat cara yang disempurnakan dalam Malaysia oleh suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan oleh mana-mana undang-undang
Persekutuan atau Negeri tidak perlu diakusaksikan mengikut peruntukan subseksyen sedemikian jika ia disempurnakan dengan
Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 9
Boleh Daftar (Perlombongan)
wajar mengikut cara yang ditetapkan oleh undang-undang
Persekutuan atau Negeri sedemikian.
Perakuan pengakusaksian
Seseorang atau seorang pegawai yang mengakusaksikan suatu tandatangan mengikut seksyen 3 hendaklah menandatangani suatu pengakusaksian dalam apa-apa borang yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama mengikut kehendak keadaan, dan jika dia adalah seseorang yang menyimpan suatu meterai jawatan dia hendaklah mengesahkan tandatangannya dengan meterai rasmi jawatannya.
Pemansuhan
Undang-undang yang dinyatakan dalam Jadual Kedua adalah dengan ini dimansuhkan setakat yang dinyatakan dalam ruang ketiga
Jadual tersebut.
___________________________________
10
Undang-Undang Malaysia
JADUAL PERTAMA
[Seksyen 4]
BORANG A
Dalam Bahasa Malaysia
Saya (nyatakan nama penuh dan kelayakan orang yang mengaku saksi), dengan ini menyaksikan bahawa (di sini masukkan sifat pihak, misalnya, pemindah, penerima pindahan, penggadai, penerima gadaian, dsb.) yang dalam kehadiran saya pada…….………...haribulan……………..……
adalah, mengikut pengetahuan diri saya sendiri */maklumat yang diberikan kepada saya oleh orang yang boleh dipercayai dan diharapkan berikut, iaitu (di sini nyatakan nama dan alamat orang sedemikian) yang maklumatnya saya sesungguhnya mempercayai *, sebenar (di sini nyatakan nama pihak)
tersebut yang telah mengaku kepada saya bahawa dia sudah cukup umur dan bahawa dia dengan sukarela menyempurnakan surat cara ini.
Disahkan dengan tandatangan saya pada ……… haribulan…………….20……
………………………….
(Tandatangan)
______________________________________________________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
tandatangan*
cap ibu jari dituliskan*
dicapkan tandatangan*
cap ibu jari
Pengakusaksian Surat Cara-Surat cara 11
Boleh Daftar (Perlombongan)
Dalam Bahasa Inggeris
I (state full name and qualification of person attesting), hereby testify that the of (here enter designation of party, e.g., transferor, transferee, chargor, chargee, etc.) in my presence on this ….............… day of
...…… is according to my own personal knowledge */information given to me by the following trustworthy and reliable person, namely (here set out name and address of such person) which information I verily believe* the true of the said (here state name of party) who has acknowledged to me that he is of full age and that he has voluntarily executed this instrument.
As witness my hand this…… ………… day of………………… 20………….
...…..............………
(Signature)
__________________________________________________________________
*Delete whichever alternative is inapplicable.
BORANG B
Dalam Bahasa Malaysia
Saya (nyatakan nama penuh dan kelayakan orang yang mengaku saksi), dengan ini memperakui bahawa pada hari ini meterai bagi (nyatakan nama penuh syarikat, pertubuhan perbadanan) telah dicapkan dengan sewajarnya pada surat cara bertulis mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan tersebut.
signature*
thumb print written*
affixed signature*
thumb print syarikat*
biasa di atas*
di dalam syarikat pertubuhan perbadanan*
perbadanan
12
Undang-Undang Malaysia
Disahkan dengan tandatangan saya pada .................. haribulan.............20............
..................................
(Tandatangan)
___________________________________________________________________
*Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
Dalam Bahasa Inggeris
I (state full name and qualification of person attesting), hereby certify that on this day the seal of (state full name of company, body corporate or corporation) was duly affixed to the written instrument in accordance with the rules and regulations of the said
As witness my hand this ……… day of ……… 20……
...…..............………
(Signature)
___________________________________________________________________
*Delete whichever alternative is inapplicable.
corporate*
common above*
within company body corporation*
corporation
13
Undang-Undang Malaysia
JADUAL KEDUA
(Seksyen 2 dan 5)
BAHAGIAN I
(Ditinggalkan)
BAHAGIAN II
Negeri
Undang-undang
Takat pemansuhan
Perak, Selangor,
Pahang dan
Negeri Sembilan
Enakmen Perlombongan
(N.M.B. Bab 147)
Perkataan “Part XIV-Attestation.
The whole” dalam subperenggan 35(i)
Johor
Enakmen Perlombongan
(Bab 69)
Subperenggan 32(iii)
Kedah
Enakmen No. 67
(Perlombonhan)
Perkataan “to the satisfaction of the
Superintendent”
dalam subperenggan 20(i)
Kelantan
Enakmen Perlombongan 1939 (10 tahun 1939)
Perkataan “Part 14. The whole”
dalam Jadual 6
Perlis
Enakmen Perlombongan 1340 (1 tahun 1340)
Perkataan
“Chapter
XIV
Attestation. The whole” dalam subperenggan 33(i)
Terengganu
Enakmen Perlombongan
(51 tahun 1356)
subperenggan 10(iv)
14
Akta 387
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. 477/65 Perintah Kanun Tanah Negara 24-12-1965
(Pemansuhan dan Pindaan) 1965
Akta A587 Akta KanunTanah Negara 25-03-1985
(Pindaan) 1984
_______________
14
Akta 387
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
Tajuk Panjang
2
P.U. 477/1965
P.U. 477/1965 24-12-1965
24-12-1965
3
P.U. 477/1965
24-12-1965
Akta A587 25-03-1985
Jadual Kedua
P.U. 477/1965 24-12-1965
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.