Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perumahan Persekutuan 1965.
Tafsiran
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Perumahan Persekutuan 1965 is Malaysia Act, cited as Act 391 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS
CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI
Akta 391
AKTA PERUMAHAN
PERSEKUTUAN 1965
Sebagaimana pada 1 November 2013
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, bagi Federal Housing Act 1965
sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan jika dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.
2
Kali pertama diperbuat
…
…
…
1965 (Akta No. 78
tahun 1965)
Disemak
…
…
…
…
…
1989 (Akta 391 m.b.p 19 Oktober 1989)
3
Akta 391
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perumahan Persekutuan 1965.
Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“Datuk Bandar” ertinya Datuk Bandar Kuala Lumpur;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi perumahan
Persekutuan.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 391
Kuasa Datuk Bandar menjalankan skim perumahan di luar
Perbandaran
Walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, Datuk Bandar hendaklah, jika diarahkan oleh Menteri berbuat demikian dan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, menjalankan skim perumahan di luar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi di dalam Negeri Selangor, di atas tanah dan dengan wang yang diperuntukkan bagi skim sedemikian oleh Kerajaan Malaysia.
Kuasa membuat kontrak, menggaji ejen, dsb.
Pada menjalankan skim sedemikian, Datuk Bandar boleh membuat kontrak, menggaji ejen dan menjalankan segala kuasa dan melakukan segala perbuatan seolah-olah skim itu dijalankan oleh
Datuk Bandar di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].
Perletakhakan harta dan pelupusannya
Tanah dan bangunan yang didirikan di atasnya menurut skim sedemikian adalah dengan ini terletak hak pada Datuk Bandar; dan tertakluk kepada kelulusan Menteri dan kepada apa-apa terma dan syarat yang boleh dikenakan oleh Menteri, Datuk Bandar boleh menjual, menyerahkan, memajakkan, menyewakan, memindah hak, menyerah hak, menyerah balik, memegang, menggadai, menggadai-janji, mendemis, menyerah hak semula, memindah hakmilik atau selainnya melupuskan atau membuat apa-apa urusan mengenai tanah dan bangunan sedemikian atau apa-apa kepentingan di dalamnya.
_______________________________
7
Akta 391
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
Akta 59
Akta Bandaraya Kuala Lumpur 1971 01-02-1972
_________________
8
Akta 391
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2
Akta 59
01-02-1972
_________________
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.