Skip to content
ActIn force

Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1983
Sections
10
Languages
MS · EN

Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 is Malaysia Act, cited as Act 292 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

VERSI ATAS TALIAN TEKS

CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 292

TERNAKAN NEGARA

(PEMBUBARAN) 1983

Sebagaimana pada 1 Disember 2011

2

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 28 November 1983

Tarikh penyiaran dalam Warta … … 15 Disember 1983

3

Akta 292

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi memansuhkan Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972, membubarkan Lembaga Kemajuan Ternakan Negara yang ditubuhkan di bawah Akta itu, memindahmilikkan semua hartanya kepada Kerajaan dan bagi membuat peruntukan mengenai perkara lain yang berkaitan dengannya. [1 Januari 1985, P.U. (B) 590/1984] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Kemajuan Ternakan

Negara (Pembubaran) 1983.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain

“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Ternakan Negara yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan

Negara 1972 [Akta 73];

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 292

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pertanian.

Pemansuhan dan pembubaran

Akta Lembaga Kemajuan Perusahaan Haiwan Negara 1972

adalah dimansuhkan dan Lembaga adalah dibubarkan.

Pemindahan kuasa, hak, dsb.

Semua kuasa, hak, keistimewaan, tugas, liabiliti dan tanggungan yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada

Lembaga hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diturunkan kepada Kerajaan.

Pemindahan harta

(1)

Semua tanah yang sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga hendaklah, pada permulaan kuat kuasa

Akta ini, diletakhakkan pada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi maksud Kerajaan.

(2)

Semua harta dan aset selain tanah yang sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini terletak hak pada Lembaga atau pada mana-mana orang bagi pihaknya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, di letakhak pada Kerajaan.

Pemindahan kumpulan wang

Seksyen 5

Semua wang yang ada pada Lembaga atau yang kena dibayar kepadanya hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dipindahkan, dan diletak hak pada Kerajaan.

5

Kontrak sedia ada

Semua surat ikatan, bon, perjanjian, surat cara dan perkiraan kerja yang wujud sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang menyentuh mana-mana harta yang dipindah milik di bawah seksyen 5, hendaklah berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya terhadap atau untuk Kerajaan dan boleh dikuatkuasakan dengan sepenuh dan berkesannya seolah-olah Kerajaan telah dinamakan dalamnya atau menjadi satu pihak kepadanya dan bukan Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak Lembaga.

Penerusan prosiding sivil

(1)

Apa-apa prosiding sivil atau kausa tindakan yang menunggu keputusan atau sedia ada sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini oleh atau terhadap Lembaga atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihaknya bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Kerajaan sama seperti yang boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga atau orang sedemikian itu seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

(2)

Apa-apa rayuan yang dibawa atau apa-apa kebenaran untuk merayu yang dipohon, pada atau selepas permulaan kuat kuasa Akta ini terhadap keputusan yang diberi sebelum permulaan kuat kuasa

Akta ini dalam mana-mana prosiding undang-undang yang mana

Lembaga menjadi satu pihak bolehlah dibawa oleh atau terhadap

Kerajaan.

Penerusan undang-undang, dsb.

(1)

Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, semua undang-undang bertulis, perintah, kaedah dan peraturan yang menyentuh atau untuk perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, sehingga dipinda atau dibatal oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan hendaklah ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan:

Lembaga Kemajuan Ternakan 7

(Pembubaran)

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 292

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai

Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang membawa erti sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Pencegahan kesulitan atau anomali

(1)

Jika timbul apa-apa kesulitan atau anomali berkaitan dengan pelaksanaan peruntukan Akta ini, Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian di dalamnya yang pada hematnya perlu untuk menghapuskan atau mencegah kesulitan atau anomali itu.

(2)

Menteri tidak boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) selepas tamatnya tempoh tiga tahun dari permulaan kuat kuasa Akta ini.

9

Akta 292

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

10

Akta 292

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA -

Common questions

What is Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983?
Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 is Malaysia Act, cited as Act 292 1983, currently marked in force and first recorded in 1983.
Is Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 still in force?
Yes — Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 is currently in force.
When did Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 take effect?
Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 was first recorded in 1983.
How many sections does Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 have?
Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 contains 10 sections.
Where can I read the official version of Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983?
The official text of Akta Lembaga Kemajuan Ternakan Negara (Pembubaran) 1983 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.